awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah asyik main permainan video, lelaki mati di depan komputer

Saraya Mia
Saraya Mia
30/04/2019
07:22 MYT
Padah asyik main permainan video, lelaki mati di depan komputer
Natsupon menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi yang menyebabkan dia tidak dapat bekerja dan hanya meluangkan masa di kafe siber. -Gambar hiasan
Seorang pemain permainan video tegar ditemukan mati di sebuah kafe siber di Samut Prakan, Thailand pada Sabtu.
Kematian mangsa yang dikenali sebagai Natsupon Arunrat, 24, hanya disedari empat jam kemudian apabila dia dilihat terbongkok tidak bergerak di hadapan komputer oleh pemilik kafe siber.
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berdarah di bahagian mulut akibat gigitan pada lidah.
Menurut ibunya, Natsupon menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi yang menyebabkan dia tidak dapat bekerja dan hanya meluangkan masa di kafe siber.
“Permainan video ialah aktiviti hiburan buat Natsupon ketika bosan. Tapi saya tak sangka ia boleh menjadi penyebab kematiannya,” kata ibu mangsa.
Menurut siasatan awal polis, mangsa kerap meluangkan masa di hadapan komputer menyebabkan dia kurang rehat dan akhirnya ditimpa serangan jantung.
Mayat Natsupon dihantar ke Institute of Forensic Medicine untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#darah tinggi
#Kafe Siber
#mati
#permainan video
#Pusat Siber
#serangan jantung
#Thailand
#video game
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan