awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paetongtarn Shinawatra rancang tingkatkan kualiti hidup rakyat Thailand

Bernama
Bernama
16/08/2024
10:05 MYT
Paetongtarn Shinawatra rancang tingkatkan kualiti hidup rakyat Thailand
Paetongtarn menzahirkan kegembiraannya hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyat yang mengundi beliau. - Reuters
BANGKOK: Pemimpin Parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra merancang untuk memperkasakan meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Thailand apabila beliau secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand.
Paetongtarn menzahirkan kegembiraannya hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyat yang mengundi beliau.
"Saya dan pasukan komited untuk melaksanakan tugas kami sebaik mungkin, tanpa mengambil kira cabaran yang akan datang.
"Saya benar-benar berharap dapat menyemai keyakinan dalam kalangan rakyat.
"Kami berhasrat untuk mencipta peluang dan meningkatkan kualiti hidup untuk memperkasakan semua rakyat Thailand," katanya dalam sidang media selepas mendapat undian meyakinkan di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Thailand yang ke-31 pada Jumaat.
Paetongtarn, 37, turut menyatakan rasa terima kasihnya kepada bekas Perdana Menteri Srettha Thavisin, yang bekerja tanpa lelah selama hampir setahun, dan berkata beliau bersedia untuk bekerja keras demi rakyat.
"Saya berada di sini hari ini untuk mengucapkan terima kasih. Kami akan berbincang mengenai anggota Kabinet dan dasar selepas mendapat perkenan diraja.
"Saya bercakap dengan ayah saya melalui FaceTime. Beliau menasihatkan saya untuk melakukan yang terbaik sebaik sahaja menerima perkenan diraja. Seperti yang anda tahu, ibu saya sentiasa bimbang tentang saya," katanya.
Sebagai "pendatang baharu" dalam arena politik, Paetongtarn, anak bongsu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berkata beliau bersedia untuk menggalas amanah yang berat itu.
"Dalam politik, saya tidak melihat diri saya sebagai yang terbaik, tetapi saya percaya pada kekuatan pasukan kami.
"Kami bertuah mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman, dan dengan mereka, saya percaya kami akan mencapai kejayaan," katanya.
Terdahulu, Paetongtarn yang mengetuai parti terbesar dalam gabungan pemerintah yang dianggotai 11 parti, berjaya memperoleh 319 undi dengan 145 undi menentang dan 27 berkecuali semasa undian Parlimen untuk memilih Perdana Menteri baharu.
Dengan keputusan ini, beliau melepasi 247 undi yang diperlukan untuk menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan seterusnya.
Pemimpin itu akan menggantikan Srettha, yang disingkirkan daripada jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paetongtarn Shinawatra
#Perdana Menteri Thailand
#kualiti hidup
#rakyat Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan