awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakaian tentera Rusia hanya dihasilkan syarikat tempatan mulai 2026 - Putin

Bernama
Bernama
12/08/2025
10:57 MYT
Pakaian tentera Rusia hanya dihasilkan syarikat tempatan mulai 2026 - Putin
Putin memerintahkan agar pakaian seragam dan kelengkapan untuk angkatan tentera Rusia dihasilkan oleh syarikat Rusia yang mempunyai kemudahan pengeluaran di Rusia. - Reuters
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri yang melarang pemerolehan pakaian tentera dan pakaian lain buatan luar negara untuk pasukan tentera mulai 2026, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
"Bagi tujuan mengecualikan pembelian pakaian seragam dan kelengkapan tentera buatan luar negara untuk tentera Rusia serta fabrik buatan luar negara yang digunakan bagi menghasilkan barangan itu, saya memerintahkan: supaya langkah tambahan diambil bagi memastikan mulai 1 Januari 2026 pakaian seragam dan kelengkapan untuk angkatan tentera Rusia dihasilkan oleh syarikat Rusia yang mempunyai kemudahan pengeluaran di Rusia dan, menjelang 2027, diperbuat daripada fabrik dan kain jersi yang dihasilkan di Rusia," menurut dokumen itu.
Dekri itu berkuat kuasa pada Isnin.
Kelengkapan tentera yang merangkumi pakaian seragam, lencana, pakaian dalam, kelengkapan tempat tidur, pakaian kerja, kasut, peralatan dan barangan kebersihan dibekalkan kepada tentera melalui sistem perolehan dan pemerolehan pertahanan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#pakaian tentera
#syarikat tempatan
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan