DUNIA
Pakar PBB dedah lebih 60 syarikat sokong penindasan Palestin, seru tindakan tegas terhadap Israel

Albanese menggesa negara anggota PBB mengenakan sekatan penuh terhadap Israel, termasuk embargo senjata dan pemutusan hubungan kewangan, susulan dakwaan genosid di Gaza. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengenakan sekatan penuh terhadap Israel susulan kempen genosid dilancarkan rejim itu di Semenanjung Gaza.
Ringkasan AI
- Pakar hak asasi manusia PBB Francesca Albanese menggesa negara anggota PBB mengenakan sekatan penuh terhadap Israel, termasuk embargo senjata dan pemutusan hubungan kewangan, susulan dakwaan genosid di Gaza.
- Laporan beliau menamakan lebih 60 syarikat, termasuk Microsoft, Amazon dan Lockheed Martin, yang didakwa menyokong penempatan haram dan operasi ketenteraan Israel.
- Israel menolak laporan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak hadir dalam sesi pembentangan, selaras dengan dasar baharu untuk tidak melibatkan diri dengan majlis yang didakwa berat sebelah.
Laporan setebal 24 muka surat itu menamakan lebih 60 syarikat yang didakwa terlibat dalam menyokong penempatan haram Israel dan operasi ketenteraan di Gaza, termasuk gergasi teknologi seperti Microsoft, Amazon dan Google, serta syarikat senjata seperti Lockheed Martin dan Elbit Systems.
“Apa yang saya dedahkan bukan sekadar senarai, tetapi satu sistem yang perlu ditangani,” tegas Albanese.
“Kita mesti mengubah arus ini,” katanya sambil menyeru agar syarikat-syarikat yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang atas pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
Laporan itu turut menyatakan bahawa keuntungan korporat daripada penindasan rakyat Palestin telah menjadikan Gaza sebagai medan ujian yang ideal bagi teknologi ketenteraan dan pengawasan, serta memperkukuh ekonomi berasaskan pendudukan dan penghapusan etnik.
Misi diplomatik Israel di Geneva menolak laporan tersebut sebagai tidak berasas dari segi undang-undang, berunsur fitnah dan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan.
Wakil Israel tidak hadir semasa sesi pembentangan laporan, selaras dengan dasar baharu untuk tidak melibatkan diri dengan majlis tersebut yang didakwa mempunyai kecenderungan anti-Semitik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami