awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mentua
MALAYSIA
'DNAA Najib satu rahmat daripada Allah’ - Rosmah
MALAYSIA
Tiga pelajar UTM cipta mesin pencetak layan diri 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Pakar PBB kecam serangan Israel ke atas Iran, seru penghentian segera konflik

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2025
23:50 MYT
Pakar PBB kecam serangan Israel ke atas Iran, seru penghentian segera konflik
Asap tebal kelihatan membumbung dari lokasi kebakaran ketika perang udara antara Israel dan Iran terus memuncak, di Tehran, Iran. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Sekumpulan pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keras serangan ketenteraan Israel ke atas Iran, menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan menyeru agar semua pihak segera menghentikan kitaran keganasan yang semakin meruncing.

Ringkasan AI
  • Pakar hak asasi PBB mengutuk serangan Israel ke atas Iran, menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menyeru penghentian segera konflik.
  • Mereka menyuarakan kebimbangan terhadap jumlah korban awam yang tinggi di kedua-dua negara serta risiko bencana akibat serangan ke atas kemudahan nuklear.
  • Kenyataan itu dikeluarkan semasa rundingan damai sedang dijalankan di Muscat, yang dilihat terancam oleh serangan ketenteraan yang berterusan.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di Geneva, para pakar menyatakan bahawa serangan Israel telah menyasarkan kemudahan nuklear, infrastruktur tenaga dan ketenteraan, serta kawasan kediaman dan media di pelbagai lokasi di Iran.
Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai “pelanggaran norma jus cogens” - prinsip undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diketepikan.
“Serangan ini bukan sahaja melanggar Piagam PBB, malah telah mengorbankan ramai orang awam termasuk saintis, pegawai kerajaan dan wartawan,” kata kenyataan itu.
Tiga pekerja media dilaporkan terbunuh apabila saluran televisyen negara Iran turut menjadi sasaran.
Pakar PBB turut menegaskan bahawa tindak balas Iran, termasuk serangan peluru berpandu ke atas Israel, telah menyebabkan kematian dan kerosakan kepada hospital serta kawasan kediaman.
Mereka menyatakan kebimbangan serius terhadap peningkatan korban awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya 224 orang terbunuh di Iran - 90 peratus daripadanya adalah orang awam - manakala 24 kematian awam dilaporkan di Israel.
Para pakar menekankan bahawa semua pihak terikat kepada prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk keperluan untuk membezakan antara sasaran ketenteraan dan awam serta mengelakkan serangan tidak seimbang.
Mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap risiko serangan ke atas kemudahan nuklear, yang boleh membawa kesan kemanusiaan dan ekologi yang dahsyat.
“Tindakan ketenteraan berhampiran tapak nuklear adalah tidak boleh diterima,” tegas mereka.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika rundingan damai sedang diusahakan di Muscat bagi menghidupkan semula Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
Para pakar menyifatkan serangan ketenteraan yang berlaku serentak dengan usaha diplomatik itu sebagai cubaan menggagalkan inisiatif keamanan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PBB
#Iran
#Israel
#pelanggaran undang-undang antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami