KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes genosid Israel disambut baik pelbagai pihak, namun pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meluahkan kekecewaan tiada arahan gencatan senjata dikeluarkan.
Prof Madya Salawati Mat Basir berkata Israel tidak akan menghentikan serangan ke atas Gaza walaupun perintah yang dikeluarkan oleh ICJ mengikat secara sah (legally binding).
Ini dapat dilihat daripada kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Jumaat yang mengalu-alukan keputusan Mahkamah Dunia itu tidak mengarahkan gencatan senjata dan menolak tuduhan pembunuhan beramai-ramai.
"Ya benar, ICJ mengakui dakwaan Afrika Selatan bahawa berlaku genosid di Gaza, tetapi saya tetap merasakan jika tiada gencatan senjata, semua ketetapan ICJ tidak dapat dilaksanakan.
"Ketetapan ICJ itu hanyalah perkara yang perlu dilaksanakan oleh Israel jika mereka mempunyai maruah. ICJ tiada unit penguatkuasaan (enforcement) untuk mengambil tindakan, tetapi lebih kepada kepercayaan bahawa Israel akan patuh kepada keputusan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Mengulas lanjut, katanya Hamas adalah non-state actor (bukan mewakili negara) yang bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Dunia itu dan Israel boleh menggunakan perkara itu untuk tidak melaksanakan perintah ICJ dengan alasan untuk mempertahankan diri selain mendakwa Hamas berada dalam kalangan orang awam.
Pada 29 Dis, Afrika Selatan mengemukakan tuntutan di ICJ, memohon perintah larangan terhadap Israel dengan alasan serangan negara itu ke atas Gaza melanggar Konvensyen Genosid.
Dalam keputusannya pada Jumaat, ICJ mengarahkan Israel melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan genosid serta mencegah dan menghukum sebarang hasutan ke arah genosid.
Israel juga diarah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid dan mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah berkenaan dalam tempoh sebulan.
Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, pada Jumaat memuji ICJ kerana pada dasarnya mengesahkan bahawa kes yang dibawa negaranya terhadap Israel mempunyai merit, namun turutkecewa kerana ICJ tidak mengarahkan gencatan segera.
Namun, katanya, Mahkamah Dunia itu memerintahkan Israel untuk mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan lebih banyak kematian di Gaza dan membenarkan akses kemanusiaan.
Mengulas lanjut, Salawati berkata usul sekatan ekonomi ke atas Israel boleh dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) jika tidak melaksanakan perintah ICJ, namun beliau ragu-ragu Amerika Syarikat (AS) tidak akan menggunakan kuasa veto sekali lagi.
Pada 8 Dis lepas, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto menolak resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza yang disokong oleh hampir semua anggota Majlis Keselamatan lain dan berpuluh-puluh negara anggota PBB.
Menyifatkan genosid di Gaza sebagai detik paling malang dalam sejarah kemanusiaan abad ke-21, pensyarah undang-undang itu berkata terdapat unsur hasutan yang jelas daripada pemimpin-pemimpin Israel yang ingin mengosongkan Gaza.
Unsur genosid juga dapat dilihat daripada serangan bertubi-tubi yang bermula di bahagian utara Gaza yang kemudiannya diluaskan ke bahagian tengah sehingga ke Rafah di selatan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Netanyahu mengalu-alukan keputusan Mahkamah Dunia itu tidak mengarahkan gencatan senjata dan menolak tuduhan pembunuhan beramai-ramai. - Gambar/ Reuters
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin
Riyad menegaskan, tindakan Israel merupakan pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai serta pelaksanaan dasar apartheid ke atas rakyat Palestin, yang mana ia tidak boleh dibenarkan sama sekali.
Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin
Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin
Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel
Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948.
Prosiding ICJ terhadap Israel: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan - Palestin
Kementerian Luar Palestin pada Jumaat memaklumkan bahawa sistem antarabangsa "terhutang budi dengan Afrika Selatan".
Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh
Perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri (plantif) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang.