awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda EPL puji padang SNBJ

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2024
02:20 MYT
Legenda EPL puji padang SNBJ
Liverpool Reds muncul juara Battle of The Reds selepas menumpaskan Manchester Reds 4-2 di Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto BERNAMA
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) boleh menarik nafas lega apabila menyajikan padang yang baik buat legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika beraksi dalam Battle of The Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu.
Malah pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Pujian turut diberikan kepada ribuan peminat yang begitu bersemangat menyokong idola mereka.
Pengurus Manchester Reds, Teddy Sheringham mengakui teruja dengan keadaan di stadium dan memuji para peminat kerana memberikan sorakan padu buat kesemua legenda.
“Saya sangat gembira melihat ramai yang hadir ke stadium dan saya berikan 10/10 berkaitan atmosfera di sini.
"Stadium yang besar dan penyokong yang sentiasa bersorak dan buatkan saya berbangga untuk turut serta dalam perlawanan ini.
“Keadaan padang juga cantik dan rata yang membuatkan kami dapat bermain bola sepak dengan baik. Tidak ada aduan berkaitan padang dan kami sedia untuk kembali bagi menebus maruah Manchester Reds,” katanya.
SNBJ sebelum ini kerap menjadi 'bahan' peminat bola sepak apabila dikaitkan dengan kerosakan padang dan rumput terkopak.
Nada sama turut dikongsi oleh legenda Liverpool Reds, Glen Johnson yang gembira dengan suasana stadium dan keadaan padang yang dianggap baik serta membantu mereka mencipta kemenangan.
“Ia sangat baik kerana anda dapat mendengar penyokong berada di belakang anda setiap masa.
"Saya juga berikan 10/10 buat penyokong hingga kami berjaya mendapat keputusan yang dimahukan malam ini (Sabtu).
“Padang berada dalam keadaan yang baik dan kami berjaya buktikan Liverpool sentiasa lebih bagus berbanding Manchester United,” katanya.
Dalam aksi itu, Liverpool Reds mengungguli aksi dengan kemenangan 4-2 hasil jaringan hatrik Djibril Cisse dan Florent Sinama, manakala dua jaringan Manchester Reds hasil sentuhan Dimitar Berbatov dan Danny Webber. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Battle Of The Reds
#Manchester Reds
#Liverpool Reds
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan