NEW DELHI: Pakistan akan menerima kira-kira AS$1.17 bilion pembiayaan baharu daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selepas ia bersetuju dengan syarat pinjaman yang ketat.
IMF dan pihak berkuasa Pakistan telah mencapai "perjanjian di peringkat kakitangan" bagi memuktamadkan penilaian semula gabungan program bantuan ketujuh dan kelapan Kemudahan Dana Lanjutan (EFF).
"Tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah, kira-kira AS$1,177 juta akan tersedia, menjadikan pembayaran di bawah program itu berjumlah kira-kira $4.2 bilion," kata ketua pasukan IMF Nathan Porter dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Pakistan sedang menghadapi kemelut ekonomi yang mencabar dan faktor domestik serta luaran telah menyebabkan inflasi meningkat dan rizab pertukaran asing semakin berkurangan.
IMF turut bersetuju untuk mempertimbangkan lanjutan EFF sehingga akhir Jun 2023 dan menambah jumlah akses kepada AS$7 bilion.
Pada 2019, IMF dan Pakistan bersetuju dengan program pinjaman berjumlah AS$6 bilion namun ia dibekukan kerana perbezaan dengan kerajaan terdahulu.
Untuk menyemak semula perjanjian itu, kerajaan baharu yang berkuasa sejak April lalu telah membuat beberapa keputusan mengikut kehendak IMF, termasuk menaikkan harga bahan api dan elektrik.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM (Perdana Menteri Shehbaz Sharif), rakan-rakan menteri, setiausaha dan khususnya bahagian kewangan atas bantuan dan usaha mereka dalam memastikan perjanjian itu berhasil," kata Menteri Kewangan Miftah Ismail pada Khamis.
IMF menyambut baik dasar kenaikan kadar faedah bank pusat Pakistan baru-baru ini, memandangkan ia "perlu dan sesuai".
Dasar monetari perlu menjurus ke arah memastikan inflasi diturunkan secara berterusan kepada objektif jangka sederhana lima hingga tujuh peratus berbanding lebih 20 peratus pada Jun.
Pakistan bersetuju untuk melaksanakan pembaharuan selanjutnya sektor fiskal dan tenaga bagi memenuhi syarat pinjaman IMF.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Pakistan akan menerima kira-kira AS$1.17 bilion pembiayaan baharu daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selepas ia bersetuju dengan syarat pinjaman yang ketat. - Gambar fail
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
Pakistan kecam serangan Israel ke atas kedutaan Iran di Syria
Pakistan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kedutaan Iran di ibu negara Syria, Damsyik pada Isnin menyifatkannya sebagai peningkatan ketegangan di rantau bergolak itu.
PM Pakistan larang penggunaan karpet merah dalam acara rasmi
Larangan penggunaan permaidani merah dalam acara rasmi merupakan satu langkah kecil ke arah mengurangkan perbelanjaan di peringkat kerajaan.
5 pekerja China terbunuh dalam serangan pengganas di Pakistan
Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan dari Projek Hidroelektrik Dasu, yang sedang dibina oleh sebuah syarikat China diserang oleh pengganas.
Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan
Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.