awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan kecam serangan Israel ke atas kedutaan Iran di Syria

Bernama
Bernama
02/04/2024
08:02 MYT
Pakistan kecam serangan Israel ke atas kedutaan Iran di Syria
Pesawat perang Israel mengebom bangunan tambahan konsulat membunuh tujuh pegawai termasuk komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC). -Foto Sinar Harian
NEW DELHI: Pakistan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kedutaan Iran di ibu negara Syria, Damsyik pada Isnin menyifatkannya sebagai peningkatan ketegangan di rantau bergolak itu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata serangan itu adalah pencabulan kedaulatan Syria yang tidak boleh diterima dan menjejaskan kestabilan dan keselamatannya selain pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang Israel daripada meneruskan operasi ketenteraan di rantau ini selain tindakan haramnya menyerang negara jiran dan menyasarkan kemudahan diplomatik asing," katanya.
Pesawat perang Israel mengebom bangunan tambahan konsulat membunuh tujuh pegawai termasuk komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).
Sementara itu, Iran telah berikrar untuk membalas dendam terhadap serangan Israel.
"Iran, sambil mengekalkan hak untuk bertindak balas akan memutuskan sendiri cara bertindak balas dan menghukum penceroboh itu," kata jurucakap Kementerian Luar Iran Nasser Kanaani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#kedutaan Iran
#IRGC
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan