NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Jumaat berkata negara-negara kaya wajar memberi hutang kepada negaranya yang teruk dilanda banjir itu.

Perubahan iklim serta infrastruktur lemah merupakan antara punca kemusnahan besar akibat banjir selepas hujan monsun yang lebat di Pakistan.

"Berdasarkan skala dan tahap kemusnahan akibat banjir itu, negara-negara kaya wajar menimbang memberi bantuan hutang kepada Pakistan supaya negara ini mampu berdikari.

"Malapetaka iklim di luar kawalan kami," kata Shehbaz menerusi Twitter.

Beliau berkata inilah pemintaan yang dibuatnya dalam temu bual dengan sebuah rangkaian Amerika.

Banjir yang belum pernah berlaku sebelum ini menonjolkan pelepasan karbon oleh negara kaya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres bulan ini merayu "sokongan kewangan besar dan segera kepada Pakistan," dan berkata dunia perlu "menghentikan kegilaan yang dilakukan terhadap alam semula jadi,"

-- BERNAMA