Pihak berkuasa penjara Pakistan telah memindahkan doktor yang dipercayai membantu Agensi Risikan Pusat (CIA) memburu pemimpin al-Qaeda, Osama Laden.
Peguam Dr Shakil Afridi mengesahkan proses pemindahan itu, semalam, namun beliau tidak pasti di mana lokasi anak guamnya sekarang.
Afridi dituduh sebagai pengkhianat selepas dia didakwa membantu CIA mendapatkan sampel genetik keluarga Osama yang membuka jalan kepada operasi rahsia dilancarkan komando elit SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat di bandar Abbottabad pada 2011 yang turut menyebabkan pemimpin militan itu terbunuh.
Dia ditahan beberapa hari selepas operasi tersebut dilancarkan yang disifatkan Pakistan sebagai pelanggaran kedaulatan negara itu.
Afridi dijatuhi hukuman penjara 23 tahun selepas disabit bersalah membiayai keganasan.
Pada 2013, hukuman itu ditarik balik, namun dia masih menjalani hukuman untuk kesalahan lain berkaitan keganasan. - Reuters
Sinar Harian
Sun Apr 29 2018

Afridi dituduh sebagai pengkhianat selepas dia didakwa membantu CIA mendapatkan sampel genetik keluarga Osama yang membuka jalan kepada operasi rahsia.- Foto Reuters

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Sah! Jemaah Islamiyah Indonesia bubar
Ahli tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada 2022, mengumumkan pembubaran kumpulan itu pada Khamis.

‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok
Kalangan masyarakat global di media sosial menyifatkan peranan Amerika sebagai hero dalam konflik Asia Barat sebagai satu pembohongan.

Al-Qaeda ancam serang kementerian Perancis, kedutaan Sweden susulan insiden bakar al-Quran
Anggota kumpulan al-Qaeda (yang diharamkan di Rusia) dilaporkan telah mengancam untuk menyerang sebuah kementerian di Perancis dan kedutaan Sweden, menurut Sputnik.

Serangan 9/11: AS tidak akan berhenti memerangi keganasan - Biden
Biden berkata walaupun AS telah meninggalkan Afghanistan, petadbirannya akan terus memburu mereka yang mendalangi serangan berkenaan.

Pemimpin Al-Qaeda Al-Zawahiri terbunuh dalam serangan dron AS - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan bahawa pemimpin al-Qaeda Ayman al-Zawahiri terbunuh dalam satu serangan dron di Kabul.

Pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri dilapor terbunuh dalam serangan dron CIA
Perkembangan itu memberi tamparan besar kepada kumpulan Al-Qaeda sejak pengasasnya Osama Laden terbunuh pada 2011.

Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.

Sisi luka perang di Afghanistan tinggalan Amerika
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban

Operasi risikan halang perkembangan ideologi pengganas - Penganalisis
Operasi risikan dan tangkapan dari pihak berkuasa yang proaktif telah berjaya menghalang perkembangan ideologi pengganas.