ISLAMABAD:Aplikasi media sosial TikTok diharamkan di Pakistan atas alasan syarikat itu gagal mengawal kandungan yang tidak dibenarkan.
Jelas pihak berkuasa Pakistan, langkah itu diambil selepas menerima aduan tentang kandungan yang 'tidak bermoral' dalam aplikasi berkenaan.
Salah seorang 'selebriti' TikTok Pakistan, Hareem Shah bagaimanapun berpandangan bahawa kerajaan tidak memberi alasan yang kukuh bagi mengharamkan aplikasi itu.
Kata Hareem yang mempunyai lebih 4,000,000 pengikut di TikTok, aplikasi itu sebaliknya menjadi platform untuk mempamerkan bakat anak muda Pakistan kepada seluruh dunia.
“Saya ingin tanya kepada kerajaan dan perdana menteri Imran Khan sama ada alasan 'tidak bermoral' adalah sebab yang benar (di sebalik pengharaman).
“Jika terdapat alasan yang berhubung dengan keselamatan atau alasan yang menghindar pembangunan Pakistan, kami akan menyokong pengharaman itu kerana Pakistan negara kami.
“Namun, menggunakan alasan 'tidak bermoral' untuk mengharamkan TikTok tidak kukuh. Tolong beritahu kepada orang apa alasan sebenar,” katanya.
Dalam masa sama, Hareem menegaskan bahawa langkah itu akan menekan kebebasan kreatif di Pakistan.
TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, Bytedance, adalah aplikasi ketiga yang paling banyak dimuat naik, selepas WhatsApp dan Facebook.
India dan Amerika Syarikat turut pernah mengambil tindakan untuk mengharamkan aplikasi tersebut.
Agensi
Sat Oct 10 2020

Selepas India dan Amerika Syarikat, Pakistan pula mengambil keputusan mengharamkan Tik Tok. -REUTERS

Tumpuan AWANI 7:45 - Terima suapan sejak 2016 | APMM atur gerak operasi khas
Selepas didakwa 43 pertuduhan rasuah pada Selasa, seorang anggota polis marin didakwa 101 lagi tuduhan rasuah melibatkan lebih RM243 ribu. Perairan selat melaka jadi laluan utama pati ceroboh negara. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

Prosiding komital terhadap Lokman Noor Adam didengar 18 Mac
Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair berkata prosiding komital itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

COVID-19: Top Glove | Pengajaran daripada kluster Teratai

Top Glove | Tawar 9,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan

Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

PKP 2.0: RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP PERMAI
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan GKP adalah sebanyak RM800 juta berbanding RM650 juta.

Majikan, pengusaha kilang perlu proaktif maklum kes COVID-19 kepada PKD
Majikan termasuk pengusaha-pengusaha kilang perlu bersikap lebih proaktif dengan memaklumkan kepada Bilik Gerakan PKD sekiranya mereka mengesan kes positif COVID-19 di premis masing-masing.

AWANI Ringkas: Sultan Perak perkenan benar solat di masjid, surau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kajian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 di Malaysia bermula
Kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif - MIDA
Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif walaupun ketidaktentuan global, dengan sejumlah US$26.4 bilion (US$1 = RM4.04) pelaburan telah diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2020.

India kekalkan larangan ke atas 59 aplikasi China, termasuk TikTok
Bagaimanapun, masih belum jelas mengenai tempoh larangan itu berkuat kuasa.

Guru guna TikTok dan YouTube tarik minat pelajar
Ia juga untuk mengelakkan pelajar rasa jemu dan angkat kaki apabila mengikuti PdPR menerusi aplikasi yang memerlukan pelajar hanya duduk, mendengar dan sekali sekala sahaja menyampuk.

Video senaman, TikTok di pusat kuarantin: 'Bagus untuk moral pesakit' - Pakar perubatan
Pesakit COVID-19 melakukan senaman dan merakam video tarian tiktok bersama-sama di pusat kuarantin bukan satu masalah.

Bosan terperap di rumah? Ini cara orang berlibur ketika PKP
Bermacam-macam cara dan hobi yang mungkin tidak pernah dilakukan boleh dipraktik di rumah bagi mengisi masa lapang.

Jangan risau, LHDN belum ada akaun TikTok lagi!
Setakat ini LHDN hanya mempunyai lima akaun rasmi bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan pihaknya.

Ahmad Zahid Hamidi sertai TikTok, pelawa orang ramai jadi pengikutnya
MUNGKIN sesetengah orang merasakan bahawa aplikasi TikTok tidak sesuai untuk individu atau golongan yang lebih berusia.

'Mengamuk' di pasaraya, seorang wanita beri kata dua kepada tunang
Seorang wanita di Las Vegas 'mengamuk' di sebuah pasaraya meminta tunangannya agar mengahwininya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 11 Oktober 2020.

Pakistan pula haramkan TikTok
Langkah itu diambil selepas menerima aduan tentang kandungan yang 'tidak bermoral' dalam aplikasi berkenaan.

Mahkamah AS tolak larangan muat turun TikTok
Jabatan Perdagangan AS pada Ahad berkata pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk mematuhi injunksi itu.