awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan suara kebimbangan kebangkitan Islamofobia

Bernama
Bernama
20/09/2022
15:07 MYT
Pakistan suara kebimbangan kebangkitan Islamofobia
Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari berkata Islamofobia kini menjadi endemik di beberapa negara di seluruh dunia. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Pakistan menyuarakan kebimbangannya mengenai kebangkitan Islamofobia ke atas umat Islam di Eropah, pada mesyuarat Kumpulan Hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Mesyuarat itu berlangsung di New York pada Isnin atas permintaan Turkiye, di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari berkata Islamofobia kini menjadi endemik di beberapa negara di seluruh dunia.
Mesyuarat itu yang dipengerusikan Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha, menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai isu sentimen anti-Islam, ucapan menghina dan ekstremisme sayap kanan.
Pada sesi OIC berasingan mengenai Palestin, menteri luar Pakistan membangkitkan isu pembunuhan wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh oleh Israel pada Mei tahun ini.
Bilawal mengecam pembunuhan berterusan ke atas orang awam Palestin, pemusnahan rumah dan pencerobohan Masjid Al Aqsa oleh Israel, menurut Kementerian Luar Pakistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#kebimbangan
#Umat Islam
#eropah
#oic
#Bilawal Bhutto Zardari
#Islamofobia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan