ISLAMABAD: Kementerian Luar Pakistan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi meneliti perkembangan terbaharu di rantau Asia Barat serta memperkukuh komitmen negara itu sebagai perantara rundingan keamanan di antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).
Menteri Luar, Mohammad Ishaq Dar dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Pakistan akan terus memudah cara rundingan di antara Tehran dan Washington demi mencapai kestabilan di peringkat serantau serta global.
Advertisement
Beliau turut memberikan peringatan tegas bahawa sebarang kenyataan rasmi mengenai proses rundingan tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh sumber rasmi kerajaan.
"Kementerian menasihatkan media cetak dan elektronik supaya mengelak daripada membuat laporan bersifat spekulatif dan hanya memberikan tumpuan kepada kenyataan rasmi sahaja," menurut kenyataan yang dikongsi melalui laman X kementerian tersebut.
DPM/FM Senator Mohammad Ishaq Dar @MIshaqDar50 held a meeting today to review the latest developments in the region. He reiterated that Pakistan is facilitating Iran-US talks for achieving peace and stability in the region and beyond. Pakistan will continue with its efforts in… pic.twitter.com/W2yiMjdy5X
— Ministry of Foreign Affairs - Pakistan (@ForeignOfficePk) April 25, 2026
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa maklumat yang disebarkan oleh sumber atau pegawai tidak dinamakan, sama ada melalui media tradisional atau media sosial, tidak mencerminkan pendirian rasmi kerajaan Pakistan.
Langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran proses diplomatik yang kini memasuki fasa kritikal, selepas Iran sebelum ini menyatakan keraguan untuk menghadiri pusingan rundingan seterusnya di Islamabad susulan dakwaan pelanggaran syarat gencatan senjata oleh pihak AS.