HYDERABAD: Pakistan telah menerima dana berjumlah US$3 bilion daripada Arab Saudi bagi mengukuhkan rizab pertukaran asing negara itu.
Bank Negara Pakistan (SBP) memaklumkan pada Selasa pihaknya telah menerima US$1 bilion daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi pada Isnin, yang merupakan pusingan kedua daripada deposit US$3 bilion yang dipersetujui baru-baru ini.
Advertisement
Pusingan pertama berjumlah US$2 bilion telah diterima pada 15 April lepas.
Dana daripada Arab Saudi itu dijangka dapat menambah baik kedudukan imbangan pembayaran Pakistan ketika negara itu berdepan komitmen pembayaran balik luar negara dalam masa terdekat, termasuk US$3.5 bilion kepada Abu Dhabi pada bulan ini.
Menurut data SBP, jumlah rizab asing cair Pakistan setakat 10 April berjumlah US$20.52 bilion.
-- BERNAMA