ISLAMABAD: Pakistan pada Khamis mengumumkan pindaan peraturan untuk mengawal selia platform media sosial dan mewajibkan mereka membuka pejabat di negara itu.
Menurut kenyataan Kementerian Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi, peraturan baharu itu dikenakan untuk pemegang lesen yang menyediakan perkhidmatan media sosial atau rangkaian sosial di Pakistan, lapor Agensi Anadolu.
Peraturan "Penghapusan dan Sekatan Kandungan Dalam Talian yang Melanggar Undang-undang (Prosedur, Pengawasan dan Perlindungan) 2021" telah dirangka di bawah Undang-Undang Pencegahan Jenayah Elektronik 2016 di negara ini.
Di bawah peraturan baharu, platform media sosial termasuk Twitter, Facebook dan YouTube perlu membuka pejabat di Pakistan dan mendaftar dengan Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PIBG) dalam tempoh tiga bulan.
Platform media sosial juga tidak dibenarkan menerbit, membuat penstriman langsung atau memuat naik kandungan yang boleh mengancam keselamatan negara, kemuliaan Islam, ketenteraman awam, atau integriti atau pertahanan Pakistan, menurut kenyataan itu.
Syarikat media sosial juga mesti membuang atau menyekat mana-mana kandungan dalam talian yang melanggar peraturan ini dalam tempoh 48 jam seperti ditetapkan PIBG atau akan dikenakan denda 500 juta rupee Pakistan (US$2.9 juta).
Dalam satu kenyataan, Menteri IT dan Telekomunikasi Aminul Haque berkata di bawah peraturan itu, syarikat media sosial harus mematuhi undang-undang negara dan hak pengguna media sosial.
"Di bawah peraturan yang dipinda, pengguna Pakistan akan memiliki kebebasan bersuara sepenuhnya di bawah Artikel 19, dan peraturan ini akan memainkan peranan penting dalam menghubungkan pengguna Pakistan dan organisasi media sosial," kata Haque.
"Penstriman langsung mengenai ekstremisme, terrorisme, hasutan, pornografi dan kandungan ganas akan dilarang," katanya, sambil menambah organisasi media sosial mesti menarik balik mana-mana kandungan yang menggugat maruah dan keselamatan Pakistan.
Trend atau kandungan media sosial yang bertentangan dengan budaya negara atau rakyat juga tidak dibenarkan di platform ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021
Menteri IT dan Telekomunikasi Aminul Haque berkata di bawah peraturan itu, syarikat media sosial harus mematuhi undang-undang negara dan hak pengguna media sosial. - Gambar fail/AP
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
GPM Malaysia kecam serangan bom di Pakistan, mahu tindakan segera diambil
Global Peace Mission (GPM) Malaysia kecam insiden pengeboman ngeri di Stesen Kereta Api Quetta di Balochistan, Pakistan.
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
Letupan di stesen kereta api Pakistan ragut 20 nyawa, lebih 30 cedera
Letupan di wilayah Balochistan itu turut menyebabkan lebih 30 orang cedera dan angka korban dijangka meningkat.