Skip to main content

Malaysia

Pearly terima penghargaan daripada Anwar dan isteri

pearly tan_IG pearly tan
Pearly Tan menerima buah tangan istimewa daripada Anwar dan isteri Dr Wan Azizah hari ini. - Gambar Instagram Pearly Tan

KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita utama negara Pearly Tan menerima buah tangan istimewa daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Perkara itu dikongsikan Pearly menerusi laman Instagramnya, selepas beliau mengumumkan terpaksa menarik diri daripada skuad Piala Uber semalam, susulan kecederaan belakan yang berulang.

Advertisement

Beliau yang sepatutnya bergandingan dengan M Thinaan di Horsens, Denmark itu, digantikan dengan seorang lagi pemain beregu wanita negara Chong Jie Yu yang akan mengharungi saingan bermula 24 April hingga 3 Mei.

“Terima kasih atas tanda ingatan ini. Sangat menghargainya,”  kata Pearly.

Beregu lain yang akan beraksi di Piala Uber 2026 ialah gandingan muda Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah, manakala K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Goh Jin Wei bakal menggalas cabaran acara perseorangan.

Skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan B Piala Uber bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.

-- BERNAMA

Must Watch Video