awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paksa tanggal tudung, New York diarah bayar saman

Agensi
Agensi
01/03/2018
05:22 MYT
Paksa tanggal tudung, New York diarah bayar saman
Tiga wanita Muslim dipaksa tanggal tudung ketika dalam tahanan polis di New York. -Foto hiasan
Prejudis terhadap wanita bertudung di bandar New York merupakan antara cabaran utama bagi wanita Islam di negara itu.
Baru-baru ini, BBC melaporkan, tiga wanita Muslim dipaksa menanggalkan tudung ketika berada dalam tahanan polis untuk diambil gambar 'mugshot'.
Dua daripada mereka ditahan pada 2015 manakala seorang lagi pada 2012.
Susulan kejadian berkenaan, peguam bela ketiga-tiga wanita itu, Tahanie Aboushi telah memfailkan kes saman terhadap bandar raya dan polis New York.
Bandaraya New York kemudiannya diarahkan oleh Mahkamah Persekutuan Brooklyn untuk membayar AS$60,000 (RM235,809) kepada ketiga-tiga wanita Muslim tersebut.
Kes ini tercetus sejak 2012 apabila seorang gadis dalam tahanan enggan membuka tudungnya ketika diminta oleh pegawai polis bertugas, sebelum dipujuk mengambil gambar di ruang lebih privasi oleh polis wanita.
Namun, pihak polis memberi alasan sesi ambil gambar tersebut tidak dapat dijalankan di ruang tertutup kerana kamera tidak boleh dialihkan.
Kemudian, gadis tersebut terpaksa membuka tudungnya selama 20 minit di hadapan pegawai polis dan banduan di balai tersebut.
Gadis tersebut berasa dirinya ‘didedahkan, dianiayai dan trauma’ berikutan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#bandar raya new york
#mahkamah persekutuan Brooklyn
#paksa buka tudung
#Polis New York
#tahanan polis
#Tahanie Aboushi
#tiga wanita muslim
#tudung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan