awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden

Bernama
Bernama
03/02/2025
08:17 MYT
Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden
Mulino berkata, Panama tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman 2017 mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan. - Gambar fail/ AP
MEXICO CITY: Kerajaan Panama tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman dengan China berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan, kata Presiden Jose Raul Mulino selepas mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Saya telah membuat keputusan penting dan ingin memaklumkannya kepada anda. Kerajaan saya tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman 2017 mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan.
"Kami akan mengkaji kemungkinan menamatkan projek ini lebih awal, tetapi saya berpendapat ia sepatutnya diperbaharui dalam setahun atau dua, seperti yang berlaku setiap tiga tahun," kata Mulino selepas pertemuan itu.
Menurut laporan Jabatan Negara AS sebelum ini, Rubio memberitahu Mulino dalam mesyuarat di Panama bahawa Presiden AS Donald Trump tidak mahu mengekalkan status quo berhubung Terusan Panama memandangkan pengaruh China yang semakin meningkat di rantau itu.
Inisiatif Jalur dan Laluan China bertujuan menghubungkan 65 negara di seluruh dunia melalui pembangunan infrastruktur digital dan fizikal termasuk pembinaan jalan raya, pelabuhan dan rangkaian telekomunikasi, bagi menyediakan peluang ekonomi kepada negara-negara terlibat untuk membangunkan infrastruktur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Terusan Panama
#China
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan