awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air Sungai Mekong menurun

Agensi
Agensi
14/08/2023
13:15 MYT
Paras air Sungai Mekong menurun
Walaupun Sungai Mekong sedang surut, paras air di tiga anak sungai utama - Nam Oon, Nam Songkhram, dan Sungai Huay Bang Ko dilaporkan 20-30% meningkat lebih tinggi daripada kapasiti normal. - Gambar fail/Wikipedia
NAKHON PHANOM: Paras air Sungai Mekong dilaporkan semakin menurun dan paras air berkemungkinan mengering dengan lebih cepat daripada ribuan rai sawah yang ditenggelami air.
Memetik Bangkok Post, pihak berkuasa di wilayah sempadan timur laut memaklumkan paras air Sungai Mekong dilaporkan surut sebanyak 10-20 sentimeter setiap hari.
Menurut Jabatan Pengairan, paras air dilaporkan berada di paras 10.70 meter iaitu 1.30 meter di bawah paras banjir 12 meter pada Isnin.
Dalam pada itu, walaupun Sungai Mekong sedang surut, paras air di tiga anak sungai utama - Nam Oon, Nam Songkhram, dan Sungai Huay Bang Ko dilaporkan 20-30% meningkat lebih tinggi daripada kapasiti normal.
Sementara itu, pejabat pengairan wilayah kini berusaha mengalirkan air sebanyak mungkin daripada hampir 10,000 rai sawah yang telah ditenggelami air.
Difahamkan, dianggarkan kira-kira 5,000 rai tanaman padi ditenggelami air bakal rosak.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Sungai Mekong
#surut
#paras sungai surut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan