awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Johor kembali dilanda banjir, enam PPS dibuka di Segamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Greece setuju iktiraf Negara Palestin

AFP
AFP
22/12/2015
12:17 MYT
Parlimen Greece setuju iktiraf Negara Palestin
Presiden Palestin, Mahmud Abbas memberi satu ucapan dalam Parlimen Greece pada Selasa, 22 Disember 2015. - Foto AP /Petros Giannakouris
Parlimen Greece dalam satu sesi khas pada Selasa meluluskan resolusi yang menyeru kerajaannya untuk mengiktiraf negara Palestin.
Presiden sidang berkenaan, Nikos Voutsis berkata kesemua parti dalam parlimen Greece telah memberi sokongan penuh kepada resolusi itu.
Voutsis berkata resolusi itu menggesa kerajaan Greece untuk "menggunakan prosedur yang sesuai bagi mengiktiraf Palestin dan menggiatkan usaha-usaha diplomatik bagi meneruskan perbincangan damai" di rantau itu.
Persidangan khas parlimen Greece itu turut dihadiri Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Perdana Menteri Greece, Alexis Tspiras, sebelum ini mengumumkan pihaknya tidak akan lagi merujuk dokumen-dokumen rasmi kepada pihak berkuasa Palestin, namun ia akan merujuk sebagai Palestin sahaja.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Mahmoud pada Isnin.
Jelasnya, lawatan Mahmoud ke Greece adalah sebagai simbolik bagi "mengukuhkan" hubungan antara kedua-dua Negara berkenaan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Athens mempunyai hubungan yang rapat dengan rejim Israel, terutamanya dalam bidang penjanaan tenaga, namun tetap mengekalkan hubungan yang baik dengan Palestin.
Tsipras ke Israel pada bulan lalu apabila dia bertemu dengan Mahmoud dan Perdana Menteri rejim, Benjamin Netanyahu.
Menurut Tspiras, Greece akan melihat "waktu yang terbaik" untuk mengiktriaf Negara Palestin, dengan mengambil kira "hubungan persaudaraan negara-negara Arab dan hubungan kerjasama dengan Israel."
Bendera Palestin dikibarkan buat kali pertama di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 30 September lalu sebagai satu tanda simbolik.
Topic Berkaitan
#benjamin netanhayu
#Greece
#Mahmud Abbas
#nikos voutis
#Palestin
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan