Ringkasan AI
- Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 1 petang ini.
- Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi pada paras 172, diikuti Nilai, Alor Gajah dan Bukit Rambai dengan bacaan melebihi 160.
- Kuching dan Samarahan di Sarawak kembali ke kategori sederhana, manakala Limbang kekal mencatatkan kualiti udara terbaik dengan bacaan IPU 40.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 1 petang ini, berkurangan berbanding 27 kawasan pada tengah hari tadi.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor kekal mencatatkan bacaan tertinggi di negara ini pada paras 172.
Perbandingan data sejak tengah hari menunjukkan penurunan bacaan IPU di beberapa kawasan Sarawak. Kuching merekodkan bacaan 98 berbanding 105 pada tengah hari, manakala Samarahan turun kepada 97 daripada 103 sebelumnya. Kedua-dua kawasan itu kini kembali ke kategori sederhana.
IPD Serian bagaimanapun masih berada dalam kategori tidak sihat dengan bacaan 153, sementara Sri Aman merekodkan bacaan 95.
Di Semenanjung, Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan 166, sama seperti Alor Gajah dan Bukit Rambai di Melaka. Bandaraya Melaka pula kekal pada paras 164.
Di Lembah Klang, Batu Muda merekodkan bacaan 163, manakala Petaling Jaya dan Klang masing-masing mencatatkan bacaan 158 dan 157.
Di Johor, Pengerang menunjukkan penurunan ketara apabila bacaan IPU susut daripada 114 kepada 100, sekali gus berada pada had tertinggi kategori sederhana.
Bagi kategori sederhana, Pegoh Ipoh merekodkan bacaan tertinggi pada paras 99, diikuti Tasek Ipoh dan Balok Baru Kuantan yang masing-masing mencatatkan bacaan 98.
Sementara itu, Limbang di Sarawak kekal merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan bacaan IPU 40, diikuti Kimanis di Sabah dengan bacaan 49, kedua-duanya dalam kategori baik.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 1 petang ini?
A: Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 1 petang ini. - Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Johan Setia di Selangor kekal mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 172. - Q: Adakah terdapat penurunan bacaan IPU di Sarawak?
A: Ya, beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching dan Samarahan menunjukkan penurunan bacaan IPU dan kini kembali ke kategori sederhana. - Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana?
A: Pegoh Ipoh mencatatkan bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana pada paras 99. - Q: Di manakah kualiti udara terbaik direkodkan di Malaysia?
A: Limbang di Sarawak kekal merekodkan kualiti udara terbaik dengan bacaan IPU 40, diikuti Kimanis di Sabah dengan bacaan 49.