awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Konservatif UK pilih Kemi Badenoch sebagai pemimpin baharu

Bernama
Bernama
02/11/2024
21:45 MYT
Parti Konservatif UK pilih Kemi Badenoch sebagai pemimpin baharu
Badenoch berucap selepas dilantik pemimpin Parti Konservatif UK, di London, 2 Nov 2024. (Foto AP)
LONDON: Kemi Badenoch dipilih sebagai pemimpin Parti Konservatif UK, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Bekas setiausaha perniagaan itu diumumkan sebagai pemenang dalam satu acara di London pada Sabtu, menewaskan pesaingnya Robert Jenrick dengan undian sebanyak 53,806 berbanding 41,388.
Ahli Parlimen dari North West Essex itu akan menggantikan Rishi Sunak sebagai Ketua Pembangkang dan berusaha mengemudi Parti Konservatif untuk kembali berkuasa selepas kekalahan teruk pada pilihan raya yang berlangsung pada Julai.
Parti Konservatif berdepan cabaran besar, dengan mempunyai hanya 121 Ahli Parlimen selepas pilihan raya yang menyaksikan parti itu kehilangan kerusi kepada Parti Buruh, Liberal Demokrat dan Reform.
Tinjauan YouGov yang diterbitkan sebelum keputusan, mendapati empat daripada 10 pengundi mempunyai pandangan negatif terhadap Badenoch, termasuk 29 peratus pengundi Konservatif, manakala rakyat Britain cenderung berpendapat yang pemimpin Parti Buruh Keir Starmer akan menjadi perdana menteri yang lebih baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#London
#pembangkang
#Parti Konservatif UK
#Kemi Badenoch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan