awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha bertunang

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2024
11:15 MYT
Pasangan Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha bertunang
Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan - Foto Borneo Bulletin/RAFI ROSLI
KUALA LUMPUR: Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi melangsungkan majlis pertunangan hari ini.
Memetik Borneo Bulletin, Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.
Sebelum itu, Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’ kepada rombongan Pengantin Diraja Perempuan.
Yang Maha Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki ke atas rombongan Pengantin Diraja Perempuan dengan hantaran pertunangan disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei.
Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang berlangsung pada 7 Januari lalu.
Acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan., manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari.
Topic Berkaitan
#Perkahwinan Putera Mateen
#perkahwinan diraja Brunei
#Putera Mateen bertunang
#Dayang Anisha Rosnah Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan