RAFAH: Hasrat seorang lelaki Palestin memberikan pasangannya sebuah perkahwinan yang indah musnah selepas perang bermula di Gaza pada 7 Oktober lalu.
Mohammed Al-Ghandour dan pasangannya, Shahad tiada pilihan lain selain terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat serangan udara dan darat oleh rejim Zionis Israel.
Bagaimanapun, pasangan itu akhirnya berkahwin minggu ini dengan majlis hanya dibuat di dalam khemah yang mereka tinggal sekarang.
Ghandour memimpin isterinya Shahad ke arah khemah yang dihiasi dengan beberapa lampu berwarna dan cermin dengan bingkai berwarna emas ketika beberapa saudara mengiringi mereka sambil bertepuk tangan.
Di dalam khemah, Shahad memakai gaun putih dan tudung dengan sulaman merah tradisional mengangkat tangan dan Ghandour menyarungkan cincin padanya.
“Saya mahukan parti. Saya mahukan perayaan, perkahwinan. Saya mahu menjemput rakan-rakan saya, saudara-mara saya dan sepupu saya seperti orang lain,” kata Ghandour.
Pasangan itu berasal dari Kota Gaza di utara kawasan kecil di mana beberapa pengeboman Israel yang paling teruk dan pertempuran dengan Hamas telah berlaku sejak perang bermula pada 7 Oktober.
Rumah kedua-dua keluarga Ghandour dan keluarga Shahad musnah dalam serangan udara Israel dan mereka kehilangan sepupu dan ahli keluarga lain dalam pengeboman itu.
“Kegembiraan saya mungkin pada hanya 3 peratus tetapi saya akan bersedia untuk isteri saya. Saya mahu membahagiakannya,” kata Ghandour lagi.
Pengeboman dan serangan Israel ke Gaza telah membunuh lebih daripada 24,760 orang menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.
Daripada parti besar yang diinginkan Ghandour, dia dan Shahad hanya mempunyai sekumpulan kecil saudara-mara yang berjaya meninggalkan Kota Gaza dan melarikan diri ke Rafah, di hujung selatan jalur sebelah Mesir.
Ibu Shahad mengetuai sekumpulan kecil wanita meraikan perkahwinan itu dan seseorang telah menyimpan bateri untuk pemain muzik mudah alih kecil.
Untuk kenduri perkahwinan di sebuah enklaf yang menuju ke arah kelaparan, pasangan itu hanya mempunyai beberapa makanan ringan dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan teliti untuk mereka di dalam khemah.
Kedua-dua keluarga telah membelanjakan banyak wang untuk perkahwinan sebelum perang bermula.
Ibu Shahad, Ummu Yahia Khalifa berkata, dia telah membelanjakan lebih daripada AS$2,000 untuk pakaian.
"Impian saya adalah untuk memberikan Shahad perkahwinan yang terbaik, yang paling indah di dunia.
“Kami menyediakan barang perkahwinannya dan dia gembira. Tetapi semuanya hilang dalam serangan. Setiap kali dia teringat dia mula menangis,” kata ibunya.
Ketika pesta perkahwinan kecil itu mula bertepuk tangan dan menari, orang di sekeliling mereka menjalankan kerja harian mereka di antara barisan khemah yang terbentang di atas pasir, mencari makanan atau menyidai pakaian.
Seorang gadis kecil berpakaian merah jambu dan putih tersenyum lebar apabila tepukan bermula dan menyertai sekumpulan kanak-kanak lain menari ketika matahari terbenam di belakang pagar sempadan tinggi yang dihiasi dengan dawai berduri. - Agensi
Agensi
Sat Jan 20 2024
Mohammed Al-Ghandour dan pasangannya, Shahad melangsungkan perkahwinan di khemah penempatan pelarian di Rafah. - Gambar REUTERS
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.