awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan sumbang mahram cekik dua anak hingga mati

Agensi
Agensi
13/11/2019
02:46 MYT
Pasangan sumbang mahram cekik dua anak hingga mati
Sarah (gambar) memilih membunuh anak sendiri setelah enggan membenarkan mereka diambil pihak kebajikan masyarakat. -Foto Mirror.co.uk
Sepasang 'suami isteri' sumbang mahram tergamak membunuh dua daripada enam anak mereka setelah hubungan terlarang itu diketahui umum.
Pasangan adik beradik Sarah Barrass, 35, dan Brandon Machin, 39, membunuh anak lelaki mereka, Tristan dan Blake Barras, 13 dan 14 tahun, di kediaman mereka di Shiregreen, Sheffield, England pada 24 Mei lalu.
Difahamkan konspirasi pembunuhan keenam-enam kanak-kanak itu dirancang di antara 14 Mei dan 20 Mei lalu semata-mata kerana enggan menyerahkan anak-anak itu di bawah jagaan jabatan kebajikan masyarakat.
“Saya terlalu sayangkan anak-anak saya. Mereka tidak boleh dipindahkan ke mana-mana,” kata Sarah kepada mahkamah.
Kedua-dua tertuduh yang dibicarakan di Mahkamah Sheffield Crown itu mengaku bersalah membunuh Blake dan Tristan selain cubaan membunuh empat lagi anak mereka sebanyak lima kali.
Keenam-enam kanak-kanak malang itu pada mulanya dipaksa menelan tablet beracun namun apabila tindakan itu gagal, pasangan tertuduh itu mula menggunakan kekerasan bagi menamatkan riwayat zuriat mereka.
Dalam pengakuannya, Sarah berkata telah mencekik Tristan menggunakan tali gaun sebelum Brandon mencekik Blake menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Kanak-kanak malang itu kemudiannya disarungkan dengan beg plastik pada bahagian kepala untuk dibiarkan lemas.
Tristan dan Blake dikebumikan di dalam satu keranda dalam satu upacara pengebumian Ogos lalu.
Sarah dan Brandon dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan minimum 35 tahun atas kesalahan mereka.
Topic Berkaitan
#bunuh
#cekik
#Kanak-kanak
#polis
#sumbang mahram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan