Di sebalik kesedihan warga Kota Palu menghadapi dugaan berat tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda mereka, kelibat si comel di sebalik runtuhan bangunan turut mencuri simpati pengamal media.
Si comel dimaksudkan semestinya merujuk kepada nasib puluhan kucing yang ditemui wartawan di beberapa lokasi yang terjejas teruk akibat bencana seperti di Petobo, Sigi dan sekitar Palu.
Cukup menyedihkan apabila menyaksikan sendiri bagaimana haiwan peliharaan ini berada dalam keadaan tidak terurus malah ada yang mengalami luka atau kecederaan di beberapa bahagian badan, mungkin akibat terkena serpihan runtuhan.
Tidak kurang juga terdapat kucing-kucing berkeliaran, mengiau dalam keadaan lemah, seolah-olah sedang menanggung kesakitan dengan pergerakan lesu selain bentuk fizikal yang comot, kurus dan cengkung.
Pada pemerhatian wartawan, si comel ini seperti sedang mencari tuan mereka, yang tidak diketahui nasibnya, sama ada masih hidup atau sudah tewas dengan amukan gempa bumi dan badai tsunami.
Kucing atau 'mangsa' ini juga sering dilihat menguis di sebalik sisa runtuhan dan sampah yang bertaburan, mungkin sedang kelaparan dan mencari makanan untuk 'survival'.
Persoalannya, di saat mangsa-mangsa tragedi yang lain menerima pelbagai bantuan dan sokongan daripada pelbagai agensi, sukarelawan dalam dan luar negara, adakah si comel ini tidak layak diberi perhatian dan bantuan?
Haiwan ini juga terdedah kepada pelbagai jenis kuman dan penyakit, apatah lagi luka dialami dilihat tidak diubati serta dihurung lalat, malah persekitaran yang dipenuhi serpihan runtuhan batu bata, cerucuk besi dan kaca bertaburan pasti juga berbahaya kepada haiwan kesayangan ramai ini.
Tambahan lagi, di saat bekalan air bersih dilihat sangat terhad, wartawan cukup khuatir jika haiwan ini hanya bersumberkan air minuman di lopak-lopak jernih dan kolam takungan yang pada hakikatnya cukup kotor, dipenuhi kuman malah tidak mustahil terdapat sisa mayat di dalamnya.
Semoga nasib haiwan yang turut merasai dahsyatnya bencana alam di Kota Palu ini mendapat perhatian sewajarnya.
Wartawan percaya, sifat kemanusiaan itu tidak terhad kepada membantu sesama manusia sahaja sebaliknya harus merangkumi kepada setiap ciptaan Allah SWT yang lain.
Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Palu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan.
Bernama
Thu Oct 18 2018
Semoga nasib haiwan yang turut merasai dahsyatnya bencana alam di Kota Palu ini mendapat perhatian sewajarnya. - Sumber foto pembaca Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pasca tragedi gempa-tsunami Palu: 'Si comel' turut menderita
Di sebalik kesedihan warga Kota Palu menghadapi dugaan berat tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda mereka, kelibat si comel di sebalik runtuhan bangunan turut mencuri simpati pengamal media.
TLDM sedia gerak aset ke Sulawesi
Kapal Auksiliari Tun Azizan sudah bersedia di perairan negara untuk digerakkan pada bila-bila masa.
Tsunami Palu: Angka korban kini cecah 1,203 orang
Jumlah kematian akibat bencana tsunami di bandar Palu dan Donggala di Pulau Sulawesi, Indonesia, dilaporkan telah meningkat kepada 1,203 orang.
Tsunami Sulawesi: Hampir 100 mangsa terkorban
Jumlah kematian akibat bencana tsunami di bandar Palu dan Donggala di Pulau Sulawesi, Indonesia, dilaporkan telah meningkat ke 96 orang.
Ayah Pasha 'Ungu' risau keselamatan anaknya di Palu
Pasha yang merupakan Wakil Walikota Palu tidak dapat dihubungi keluarga disebabkan bekalan elektrik dan telekomunikasi yang terjejas.
Tsunami kuat landa bandar Palu, Sulawesi Tengah
Tsunami melanda wilayah Palu di Sulawesi Tengah.