awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM sedia gerak aset ke Sulawesi

Bernama
Bernama
08/10/2018
09:19 MYT
TLDM sedia gerak aset ke Sulawesi
Kapal Auksiliari Tun Azizan sudah bersedia di perairan negara untuk digerakkan pada bila-bila masa. - BERNAMA/Fail
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedia menggerakkan aset pasukan bagi bantuan misi kemanusiaan di Palu, Sulawesi, Indonesia sekiranya diperlukan, kata Panglimanya Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Beliau berkata Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) sudah bersedia di perairan negara untuk digerakkan pada bila-bila masa.
"Setakat ini, kita sudah menyediakan kapal Tun Azizan dan berada dalam keadaan siap siaga dalam tempoh 24 jam untuk digerakkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM, di KD Sri Gombak di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini TLDM masih belum menerima permohonan daripada negara jiran itu untuk tujuan berkenaan.
Setakat ini, pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan antara pesawat antarabangsa yang berjaya menghantar bantuan terus ke Palu dari Pangkalan Udara Halim Perdana Kusuma Jakarta manakala pesawat C130H milik TUDM pula dari Balikpapan.
Terdahulu pada majis berkenaan, 28 anggota TLDM daripada pelbagai bidang dan kepakaran menerima kenaikan pangkat masing-masing sebagai penghargaan terhadap tanggungjawab yang dilaksanakan dalam perkhidmatan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#donggala
#gempa bumi
#Kota Palu
#Sulawesi
#Tentera Laut
#TLDM
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan