awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan pengaman PBB berpusat di selatan Lubnan bunyikan siren bahaya tahap 3

Bernama
Bernama
20/10/2024
14:23 MYT
Pasukan pengaman PBB berpusat di selatan Lubnan bunyikan siren bahaya tahap 3
Siren amaran bahaya tahap 3, yang menandakan risiko teruk, dibunyikan pada Ahad di pusat misi pasukan pengaman PBB (UNIFIL) di bandar Maarakeh, daerah Tyre, selatan Lubnan. - Gambar fail/REUTERS
ANKARA: Siren amaran bahaya tahap 3, yang menandakan risiko teruk, dibunyikan pada Ahad di pusat misi pasukan pengaman PBB (UNIFIL) di bandar Maarakeh, daerah Tyre, selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA).
Menurut NNA, amaran itu dikeluarkan ketika ketegangan di kawasan itu masih tinggi dengan pertempuran dan serangan rentas sempadan masih berterusan antara pasukan Israel dan kumpulan tempatan.
Kakitangan UNIFIL dan penduduk tempatan berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana situasi keselamatan di selatan Lubnan semakin meruncing.
Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak akhir bulan lepas terhadap sasaran yang didakwa sebagai markas Hizbullah, mengorbankan lebih 1,500 orang dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Pertempuran rentas sempadan antara kedua-dua pihak berlarutan sejak perang Gaza pada Oktober lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan pengaman PBB
#selatan Lubnan
#siren amaran bahaya tahap 3
#UNIFIL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan