awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan pengaman PBB terdedah letupan grenad Israel di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
04/10/2025
03:10 MYT
Pasukan pengaman PBB terdedah letupan grenad Israel di selatan Lubnan
UNIFIL yang ditempatkan di selatan Lubnan sejak 1978 kini mempunyai kira-kira 10,000 anggota dari hampir 50 negara. - Foto UNIFIL
BEIRUT: Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) melaporkan tentera Israel menggugurkan grenad berhampiran anggotanya serta tentera Lubnan ketika mereka bertugas di sebuah kampung di sempadan, pada Khamis.
Kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi di kawasan Maroun al Ras ketika pasukan pengaman dan tentera Lubnan sedang mengawasi pekerja awam yang membersihkan runtuhan rumah akibat konflik terdahulu.
UNIFIL menjelaskan bahawa sebuah grenad meletup kira-kira 500 meter dari lokasi mereka, sebelum sebuah dron muncul dan satu lagi letupan berlaku hanya 30 hingga 40 meter dari kedudukan anggota pengaman.
Tidak lama kemudian, satu kumpulan lain melihat dron menggugurkan grenad yang meletup hanya 20 meter di atas mereka.
Tiada kecederaan dilaporkan dan operasi pembersihan diteruskan selepas UNIFIL meminta serangan dihentikan.
UNIFIL menegaskan pihak tentera Israel sudah dimaklumkan lebih awal mengenai operasi itu.
UNIFIL statement on recent IDF grenade attacks near peacekeepers and Lebanese soldiers: Yesterday, the Israel Defense Forces (IDF) dropped grenades near peacekeepers working alongside Lebanese soldiers to provide security for civilian workers in Maroun ar-Ras.
— UNIFIL (@UNIFIL_) October 3, 2025
Ia menyifatkan kejadian itu sebagai "pelanggaran serius" Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, dan memberi amaran bahawa tindakan sebegitu menunjukkan pengabaian terhadap keselamatan anggota pengaman dan tentera Lubnan.
Tentera Israel ketika diminta mengulas berkata pihaknya masih menyemak laporan itu.
UNIFIL yang ditempatkan di selatan Lubnan sejak 1978 kini mempunyai kira-kira 10,000 anggota dari hampir 50 negara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNIFIL
#tentera Israel
#pasukan pengaman PBB
#lubnan
#grenad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami