Skip to main content

Dunia

Patung kuda bersalut emas bernilai AS$5.1 juta cetus reaksi pelawat di Washington

U.S. National Guard troops stand near the statue "Sacrifice", one of the "The Arts of War" equestrian statues flanking Arlington Memorial Bridge, which were recently regilded amidst ongoing construction projects in Washington, D.C., U.S., July 29, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Anggota Pengawal Kebangsaan AS berkawal berhampiran patung 'Sacrifice', salah satu daripada patung berkuda 'The Arts of War' yang baru disadur semula dengan emas ketika kerja-kerja pembinaan masih berlangsung di Washington, DC. - Foto REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Projek pengubahsuaian patung bersejarah 'Arts of War' berhampiran Memorial Lincoln di Washington, DC, yang menelan kos AS$5.1 juta (kira-kira RM21 juta), mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengunjung ibu negara Amerika Syarikat (AS).

Pentadbiran Presiden Donald Trump baru-baru ini menyiapkan kerja menyadur semula patung berkenaan dengan emas 23.75 karat, sekali gus mengubah penampilan monumen ikonik itu yang terletak berhampiran National Mall.

Menurut rekod persekutuan AS, projek itu menelan belanja sebanyak AS$5.1 juta, sekali gus mengundang perdebatan mengenai keutamaan perbelanjaan kerajaan.

Tinjauan yang dilakukan BBC mendapati reaksi orang ramai berbeza-beza. Ada yang menyifatkan sentuhan emas itu menjadikan kawasan berkenaan lebih menarik dan memberi imej yang lebih menonjol kepada monumen bersejarah tersebut.

Bagaimanapun, sebahagian pengunjung mempersoalkan kos projek yang dianggap terlalu tinggi, terutama ketika negara berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan keperluan perbelanjaan awam yang lain.

Patung 'Arts of War' merupakan sebahagian daripada kompleks Memorial Lincoln dan menggambarkan tema ketenteraan serta kemenangan dalam peperangan.

Ia menjadi antara tarikan utama pelancong yang mengunjungi Washington setiap tahun.

Kontroversi mengenai penggunaan dana awam untuk projek itu dijangka terus menjadi topik perbincangan, dengan penyokong melihatnya sebagai usaha memperindah warisan negara, manakala pengkritik menganggap kos yang dibelanjakan sukar untuk dipertahankan.
 

 

Must Watch Video

Advertisement