Rangkaian pawagam Landmark Theaters di Amerika Syarikat (AS) akan mengharamkan pemakaian kostum dan topeng wajah dalam kalangan penonton filem semasa tayangan filem "Joker".
Reuters melaporkan keputusan yang dibuat pada Khamis itu dipercayai ekoran kebimbangan pihak keluarga mangsa yang terlibat dalam kes tembakan rambang pada tahun 2012 sewaktu tayangan filem Batman, "The Dark Knight Rises" di Colorado.
Rangkaian panggung wayang berpangkalan di Los Angeles itu yang mempunyai 52 buah cawangan berkata pihaknya mahu penonton menikmati filem itu dengan ‘menghargai pencapaian sinematik’.
"Namun mereka tidak dibenarkan memakai topeng, calitan cat pada wajah atau memakai kostum sewaktu memasuki panggung wayang kami,” ujar satu kenyataan.
Filem "Joker" akan memulakan tayangan pada 4 Oktober nanti.
Langkah pengharaman Landmark itu mengikuti langkah rangkaian panggung wayang terbesar AS, AMC Theatres yang telahpun mengenakan larangan pemakaian topeng dalam pawagam sejak insiden pembunuhan Colorado yang mengorbankan 12 mangsa dan mencederakan ramai lagi.
AMC yang mempunyai lebih 650 pawagam mengingatkan pelanggannya minggu ini bahawa meskipun pemakaian kostum dibenarkan, topeng muka adalah dilarang sama sekali.
"Pelanggan kami dialu-alukan untuk memakai kostum, namun kami tidak membenarkan sebarang topeng, cat wajah atau sebarang objek yang menutup muka,” kata AMC dalam satu kenyataan.
Landmark bagaimanapun tidak memberi alasan atas pengharaman tersebut.
Pada tahun 2012 di Aurora, Colorado, penonton yang sedang menikmati tayangan filem Batman dikejutkan dengan insiden tembakan rambang di panggung Century 16 Theater, yang dimiliki syarikat Cinemark USA Inc.
Sejumlah 12 orang terbunuh manakala 70 yang lain cedera.
Penyerang James Holmes kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah bagi kesalahan membunuh meskipun telah merayu dengan alasan dirinya mengalami masalah mental.
Filem "Joker" terbaharu memberi tumpuan kepada watak Joker iaitu musuh ketat Batman dalam banyak adaptasi filem, televisyen dan komik, yang menjurus kepada perlakuan ganas.
Agensi
Sat Sep 28 2019

Filem Joker akan memulakan tayangan pada 4 Oktober nanti. -Foto YouTube @Warner Bros Pictures
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927864521611533734917/1887083_18649241241611533835648_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad.

AWANI Ringkas: Biden mahu pelan AS$1.9 trilion dilulus segera | Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Australia lulus vaksin Pfizer, kempen vaksinasi dijangka bermula akhir Februari
Vaksin Pfizer diluluskan penggunaannya untuk warga Australia berusia 16 tahun dan ke atas.

COVID-19: Mesir mulakan program vaksinasi, petugas kesihatan diutamakan
Mesir memulakan kempen vaksinasinya dengan memberikan suntikan vaksin Sinopharm kepada petugas kesihatan di Ismailia.

AWANI Ringkas: Puas hati penjelasan pengurusan darurat, COVID-19 | Ibu pejabat KWSP ditutup bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

COVID-19 | Hospital ditutup susulan penemuan kes varian baharu
Sebuah hospital di Berlin, Jerman kini tidak lagi merawat pesakit baharu kerana menguruskan beberapa kes varian baharu COVID-19. Saringan rutin harian di wad kardiologi di Hospital Vivantes Humboldt mendapati 20 pesakit dijangkiti varian baharu itu.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka mengukuh minggu ini
Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata minggu ini akan berlaku peristiwa besar yang boleh mengubah sentimen risiko global. Ini termasuk musim pengumuman pendapatan korporat di Amerika sehingga data ekonomi dari Amerika dan China, serta keputusan kadar Rizab Persekutuan Amerika.

Unjuran Pasaran | Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati
Bursa Malaysia dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini. Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata penyertaan pelabur dijangka agak perlahan minggu ini.

Vaksin COVID-19 | Naib Presiden Argentina terima suntikan pertama
Naib Presiden Argentina Cristina Fernandez De Kirchner menerima dos pertama vaksin Sputnik V buatan Rusia. Bekas Presiden dua kali itu berusia 67 tahun menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.

COVID-19 | Angka korban global melepasi 2.12 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.12 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418 ribu kes.

Pawagam haramkan topeng muka sempena tayangan 'Joker'
Keputusan itu dibuat dipercayai ada kaitan dengan ancaman keselamatan seperti yang pernah berlaku sewaktu tayangan filem Batman pada tahun 2012.