awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB gesa dunia ambil langkah 'lonjakan kuantum' terhadap perubahan iklim

Bernama
Bernama
02/05/2023
21:33 MYT
PBB gesa dunia ambil langkah 'lonjakan kuantum' terhadap perubahan iklim
Guterres berkata, negara maju dan institusi kewangan antarabangsa perlu membuat bayaran yang telah lama tertunggak dan tidak lagi terlalu bergantung kepada bahan api fosil. - Gambar fail/AP
BERLIN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa dunia untuk mengambil langkah "lonjakan kuantum" dalam tindakan untuk memerangi perubahan iklim.
Gesaan itu disuarakan beliau pada persidangan pendahuluan mesyuarat iklim COP28 yang dihoskan oleh Pejabat Luar Negeri Jerman pada Selasa.
"Kami tahu bahawa laluan 1.5 darjah boleh dicapai," kata Guterres kepada peserta Dialog Iklim Petersberg edisi ke-14 di Berlin menerusi mesej video.
Guterres berkata ini memerlukan negara maju dan institusi kewangan antarabangsa membuat bayaran yang telah lama tertunggak dan tidak lagi terlalu bergantung kepada bahan api fosil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Antara matlamat dalam Perjanjian Iklim Paris ialah menghalang pemanasan global daripada melebihi 1.5 darjah Celsius.
Sementara itu, Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, dalam ucapan pembukaannya, yakin negara-negara perindustrian akan menunaikan janji mereka untuk menyokong kewangan negara yang lebih miskin.
"Pada masa ini, kita berada pada laluan untuk mencapai angka US$100 bilion tahun ini," katanya, merujuk kepada jumlah tahunan yang dijanjikan oleh negara-negara kaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#pemanasan global
#perubahan iklim
#COP28
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan