awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB ingatkan kemungkinan krisis kesihatan berlaku di Myanmar selepas gempa bumi

Bernama
Bernama
02/04/2025
15:45 MYT
PBB ingatkan kemungkinan krisis kesihatan berlaku di Myanmar selepas gempa bumi
Dr Fernando Thushara melaporkan bekalan perubatan semakin berkurangan, gangguan bekalan elektrik di hospital serta kekurangan air bersih. - Gambar fail
YANGON: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku krisis kesihatan di Myanmar susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 pada Jumaat lepas, yang mengakibatkan ribuan kematian, kecederaan serta individu hilang, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Myanmar Dr Fernando Thushara melaporkan bekalan perubatan semakin berkurangan, gangguan bekalan elektrik di hospital serta kekurangan air bersih.
Beliau turut memberi amaran bahawa kekurangan bahan api menjejaskan operasi generator, sekali gus memburukkan lagi keadaan kemudahan kesihatan.
"Kekurangan air bersih dan sanitasi boleh mencetuskan wabak penyakit berjangkit melainkan tindakan segera diambil bagi membendungnya," kata Dr Thushara.
Ketua Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), Tom Fletcher, menegaskan usaha tindak balas terjejas teruk akibat kekurangan dana serta kemusnahan besar infrastruktur.
Wakil Timbalan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Myanmar, Julia Rees, berkata keperluan di lapangan semakin meningkat setiap jam.
"Seluruh komuniti musnah," katanya, sambil menambah bahawa kanak-kanak dan keluarga terpaksa tidur di kawasan terbuka kerana kehilangan tempat tinggal.
"Tingkap untuk respons menyelamatkan nyawa semakin tertutup," katanya sambil memberi amaran bahawa keluarga di kawasan terjejas berdepan kekurangan bekalan air bersih, makanan dan perubatan yang kritikal.
Usaha bantuan masih amat sukar, dengan pasukan bantuan beroperasi tanpa bekalan elektrik atau kemudahan sanitasi, selain turut tidur di kawasan terbuka bersama masyarakat yang mereka bantu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#UNICEF
#PBB
#penyakit berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan