awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB khuatir nasib sukarelawan di Syria

Syria Care
Syria Care
23/03/2018
03:53 MYT
PBB khuatir nasib sukarelawan di Syria
Sebanyak 15 buah bas telah digunakan untuk mengangkut keluar kumpulan pertama pejuang anti kerajaan dan keluarga mereka dari Harasta, Timur Ghoutah menuju ke Idlib. -Foto Syria Care
Sebanyak 15 buah bas telah digunakan untuk mengangkut keluar kumpulan pertama pejuang anti kerajaan dan keluarga mereka dari Harasta, Timur Ghoutah menuju ke Idlib.
Menurut stesyen televisyen kerajaan, sejumlah 547 orang termasuk 88 penentang telah diangkut keluar menuju ke destinasi yang dipersetujui.
AFP melaporkan kesemua mereka menunggu di kawasan zon penampan sebelum dibawa masuk ke kawasan yang dikuasai kerajaan.
Sebelum ini, kumpuan Ahrar al-Sham yang bersetuju dengan rancangan yang diusahakan sekutu kuat Presiden Bashar al Assad, Rusia untuk meletak senjata dan keluar dari situ.
Manakala pejuang yang lain seperti di Douma, Jobar, Ein Terma, Arbin dan Zamalka enggan berbuat demikian.
Menurut TRT World, Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa secara keseluruhan lebih 5,000 orang awam telah meninggalkan Timur Ghoutah pada Khamis.
Sementara itu, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) melaporkan lebih 4,000 orang telah keluar dari Douma sejak Rabu dan menyeberang masuk ke kawasan yang dikuasai tentera kerajaan dan konco-konconya.
Ketika proses membawa keluar orang awam dari Timur Ghoutah bermula, Ketua Kumpulan Petugas Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Syria, Jan Egeland melahirkan kebimbangan terhadap nasib 1,000 petugas kemanusiaan dan sukarelawan serta keluarga mereka yang terperangkap di Timur Ghoutah.
Dalam kenyataannya beliau berkata tanpa pemantauan antarabangsa, tiada jaminan keselamatan kepada mereka yang terus kekal dan berkhidmat di situ.
Sumber: Syria Care
Topic Berkaitan
#kerajaan
#keselamatan
#PBB
#presiden
#Rusia
#Syria
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan