awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB perlu direformasi ikut realiti semasa - Modi

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2020
23:00 MYT
PBB perlu direformasi ikut realiti semasa - Modi
Tegas Modi, negara-negara BRICS perlu meningkatkan aktiviti perdagangan antara satu sama lain terutama dalam memulihkan ekonomi dunia pasca COVID-19. -REUTERS
NEW DELHI:Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa supaya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) diperbaiki dan direformasi.
Beliau berpandangan bahawa beberapa institusi PBB tidak berfungsi mengikut realiti semasa.
“India percaya bahawa reformasi dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) ialah sangat penting.
"Kami mengharapkan sokongan daripada negara sekutu BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan) berhubung isu ini.
“Dalam PBB terdapat pelbagai organisasi yang tidak berfungsi mengikut realiti semasa. Institusi seperti WTO, WHO dan IMF juga perlu diperbaiki.
"Negara ekonomi BRICS akan memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi global pasca COVID-19.
“Kami (BRIC) merangkumi 42 peratus populasi dunia dan negara-negara kami adalah enjin utama ekonomi global.
"Terdapat skop besar untuk meningkatkan perdagangan dalam kalangan negara BRIC,” katanya.
Modi berkata demikian ketika Sidang Kemuncak Antara Ekonomi BRICS, termasuk Brazil, Rusia, China dan Afrika Selatan.
Tegas beliau, negara-negara BRICS perlu meningkatkan aktiviti perdagangan antara satu sama lain terutama dalam memulihkan ekonomi dunia pasca COVID-19.
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#PBB
#WHO
#IMF
#UNSC
#COVID-19
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
#Majlis Keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan