awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB suarakan kebimbangan terhadap tindakan AS curi dengar perbualan Guterres

Bernama
Bernama
19/04/2023
09:09 MYT
PBB suarakan kebimbangan terhadap tindakan AS curi dengar perbualan Guterres
Menurut empat laporan sulit yang diperoleh Washington Post, Amerika Syarikat mencuri dengar dan mengumpul risikan mengenai Guterres. -Foto undof.unmissions.org
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi menyuarakan kebimbangan badan dunia itu terhadap pemantauan yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, kata jurucakap PBB pada Selasa, lapor Xinhua.
"PBB secara rasmi menyuarakan kebimbangannya kepada negara tuan rumah itu mengenai laporan baru-baru ini bahawa komunikasi setiausaha agung dan pegawai kanan PBB yang lain telah menjadi subjek pengawasan dan campur tangan kerajaan AS," kata Stephane Dujarric, jurucakap Guterres.
"PBB telah menjelaskan bahawa tindakan sedemikian tidak konsisten dengan kewajipan Amerika Syarikat yang dinyatakan dalam Piagam PBB dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Washington Post pada Isnin melaporkan bahawa menurut empat laporan sulit yang diperoleh akhbar itu, Amerika Syarikat mencuri dengar dan mengumpul risikan mengenai Guterres.
Dokumen itu, dua daripadanya belum dilaporkan sebelum ini, meringkaskan perbualan yang dipintas yang memberi penerangan baharu mengenai interaksi ketua PBB dengan pegawai tertinggi PBB dan pemimpin dunia, lapor akhbar itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#PBB
#laporan sulit
#Antonio Guterres
#curi dengar perbualan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan