awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2024
23:20 MYT
Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel
Ehad Al-Ghussein dilantik Hamas untuk mentadbir kawasan Bandar Gaza dan bahagian utara bandar berkenaan tiga bulan lalu. - Foto X/Nour Naim
GAZA: Seorang pegawai kanan pentadbiran Hamas antara empat orang terkorban dalam serangan udara tentera Israel ke atas sebuah sekolah di Bandar Gaza pada Ahad.
Ehad Al-Ghussein dilantik Hamas untuk mentadbir kawasan Bandar Gaza dan bahagian utara bandar berkenaan tiga bulan lalu, kata Hamas kepada portal berita BBC.
Tentera Israel berkata telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk meminumkan risiko kepada orang awam sebelum menyasarkan pejuang Hamas yang didakwa menggunakan bangunan sekolah itu sebagai "tempat persembunyian untuk merancang dan melakukan serangan" terhadap tentera.
Saksi kejadian berkata, serangan ke atas Sekolah Holy Family bersebelahan dengan Gereja Holy Family itu mengorbankan bilangan besar pelarian Palestin yang berlindung di bangunan itu.
Serangan udara itu menyasarkan dua bilik darjah yang terletak di tingkat bawah bangunan itu.
Sementara itu tentera Israel mengeluarkan satu lagi arahan berpindah untuk penduduk di kawasan tengah Bandar Gaza.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu turut menegaskan sebarang perjanjian untuk gencatan senjata hanya akan dicapai apabila objektif ketenteraan telah tercapai.
Beliau menjelaskan ini termasuk menghapuskan pejuang Hamas dan pemulangan kesemua tebusan.
Hamas pula berkata mereka sedang menunggu keputusan Israel mengenai cadangan perjanjian gencatan senjata terbaharu yang dikemukakan.
Perang Israel ke atas Hamas tercetus berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu yang mengorbankan 1,200 orang selain 251 yang lain dijadikan tebusan di Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sejak itu sekurang-kurangnya 38,153 rakyat Palestin terkorban akibat serangan balas Israel.
Topic Berkaitan
#Ehad Al-Ghussein
#serangan
#Sekolah Holy Family
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan