awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali

Bernama
Bernama
30/06/2024
22:30 MYT
Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Seorang pegawai Korea Utara dilihat memakai pin dengan potret wajah Kim Jong-un ketika hadir pada satu mesyuarat di Pyongyang, Korea Utara, 28 Jun 2024. - Foto KCNA/REUTERS
SEOUL: Pin yang memaparkan potret solo pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un secara rasmi dilihat buat pertama kali pada Ahad, menandakan usaha dipercepatkan untuk memuliakan generasi ketiga keluarga Kim.
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap dengan memetik gambar yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Ahad.
Foto itu juga diterbitkan dalam akhbar rasmi Korea Utara, Rodong Sinmun.
Ini menandakan pengesahan pertama penggunaan pin yang memaparkan potret tunggal Kim Jong Un.
Semasa perbincangan peringkat kerja antara Korea pada tahun 2013, pegawai Korea Utara mengesahkan kepada wartawan Korea Selatan bahawa pin yang memaparkan potret Kim Jong Un telah dicipta pada awal tahun 2012, dalam dua bentuk: bulat dan segi empat.
Pin potret, simbol utama kultus keperibadian keluarga Kim, mesti dipakai oleh semua orang di Korea Utara, daripada rakyat biasa hingga pegawai atasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kim Jong Un
#PIN
#Korea Utara
#pegawai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan