awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai narkotik ke kediaman Shah Rukh Khan untuk lengkapkan siasatan

Bernama
Bernama
21/10/2021
10:22 MYT
Pegawai narkotik ke kediaman Shah Rukh Khan untuk lengkapkan siasatan
Pegawai agensi narkotik India pergi ke kediaman bintang Bollywood Shah Rukh Khan di Mumbai pada Khamis berhubung kes anak lelaki pelakon popular itu.- Gambar fail/AP
NEW DELHI: Pegawai agensi narkotik India pergi ke kediaman bintang Bollywood Shah Rukh Khan di Mumbai pada Khamis berhubung kes anak lelaki pelakon popular itu.
Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 23, dan beberapa yang lain ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Okt lepas, berkaitan kes dadah.
Media sebelum ini melaporkan, tiada dadah terlarang ditemukan pada Aryan
Shah Rukh belum memberikan sebarang komen mengenai kes itu dan pada Khamis beliau buat pertama kali melawat anaknya di Penjara Arthur Road Mumbai.
Pasukan NCB pergi ke rumah bintang itu untuk melengkapkan siasatan dan bukan bertujuan melakukan penggeledahan, menurut laporan di laman web NDTV.
BACA: Permohonan ikat jamin Aryan ditolak, anak Shah Rukh Khan sambut cuti umum dalam penjara
BACA: Jangan ada hidangan 'manisan' di rumah sehingga Aryan pulang, arah isteri Shah Rukh Khan
BACA: Aryan, anak Shah Rukh Khan sudah berjinak dengan dadah sejak empat tahun lalu?
Mahkamah Tinggi Bombay akan mendengar permohonan ikat jamin Aryan pada minggu depan.
Sesetengah pihak di Maharashtra, negeri yang dianggap hub perniagaan dan dunia hiburan Mumbai, mengganggap kes dadah sebagai cubaan menyasarkan Bollywood dengan menyeret nama tersohor dunia ke dalam kontroversi dadah.
Menteri Maharashtra yang juga ahli politik terkemuka, Nawab Malik sebelum ini menganggap kes dadah ini sebagai bohong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#Aryan Khan
#Mumbai
#kes dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan