HERAT: Seorang pengawal keselamatan terbunuh selepas sebuah pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan diserang pada Jummat.

Serangan di daerah Guzara, wilayah Herat berkenaan dipercayai didalangani puak Taliban.

Jelas PBB, Afghanistan sedang melancarkan pertempuran di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian, beberapa kenderaan perisai pasukan keselamatan Afghanistan dilihat mengawasi kawasan terbabit dengan anggota bersenjata.

Pertempuran meningkat di seluruh Afghanistan ketika Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengundurkan anggotanya dari negara itu.

Puak Taliban menguasai puluhan daerah di negara berkenaan dan merampas beberapa kawasan sempadan strategik.

Wakil Khas PBB di Afghanistan, Deborah Lyons menyatakan, kejadian itu sangat menyedihkan.

Puak Taliban dilaporkan kembali menguasai hampir separuh Afghanistan sejak tahun lalu.

Di wilayah Herat, para pemberontak mengambil alih sempadan utama Qala Islam dengan Iran.