awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja bunuh bos, sakit hati disindir ketika mahu pinjam wang

Sinar Harian
Sinar Harian
28/07/2024
02:00 MYT
Pekerja bunuh bos, sakit hati disindir ketika mahu pinjam wang
Salah seorang suspek yang berjaya ditahan polis. - Foto Sinar Harian/Agensi
MEDAN: Dua orang pekerja nekad membunuh majikannya selepas mereka tersinggung dengan kata-kata mangsa ketika mereka mahu meminjam wang daripadanya.
Kes pembunuhan itu terbongkar selepas ahli keluarga mangsa berasa curiga kerana gagal menghubunginya sebelum mereka menemui mayat lelaki terbabit di rumahnya.
Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis Deli Serdang.
Video amatur menunjukkan bagaimana ahli keluarga mangsa menemui mayat lelaki dikenali sebagai Abdullah yang dijumpai sudah mereput di dalam bilik rumahnya di Jalan Makmur, Desa Sumber Jaya Timur, Deli Serdang, Sumatera Utara, beberapa hari selepas gagal menghubunginya.
Ketua Polis Medan Tembung Kompol Jhonsin Mangara Sitompul berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dibunuh oleh dua orang pekerjanya sendiri.
"Dipercayai suspek nekad membunuh majikannya kerana sakit hati atas sindiran mangsa semasa mereka mahu meminjam wang daripadanya.
"Mangsa dibunuh kemudiannya mayatnya dibiarkan busuk di dalam biliknya sebelum ditemui ahli keluarganya," katanya.
Seorang daripada suspek berjaya ditahan manakala rakannya sedang dikesan pihak berkuasa. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#bunuh bos
#pinjam wang
#tersinggung
#mayat reput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan