awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja di Perancis menang 'hak untuk tidak dihubungi majikan' di luar waktu kerja

Agensi
Agensi
31/12/2016
05:41 MYT
Pekerja di Perancis menang 'hak untuk tidak dihubungi majikan' di luar waktu kerja
Majikan di Perancis perlu patuh untuk membuat rundingan dengan pekerja tentang hak mereka untuk memadamkan telefon, selain kaedah mengurangkan gangguan dalam kehidupan peribadi. - Gambar hiasan/svetikd/IStock.com
Syarikat-syarikat di Perancis dikehendaki menyiapkan jaminan ‘hak untuk tidak terhubung’ kepada pekerja masing-masing bermula 1 Januari, sebagai usaha negara itu menangani masalah terikat dengan tugas selepas waktu pejabat, lapor AFP.
Bermula tahun 2017, satu undang-undang pengambilan pekerja baharu akan dikuatkuasakan bagi setiap organisasi dengan lebih 50 pekerja, supaya memulakan rundingan dalam menentukan hak pekerja untuk tidak terikat dengan e-mel atau panggilan telefon.
Penggunaan gajet digital yang berlebihan telah dipersalahkan atas banyak kes keletihan dan kurang tidur termasuk masalah perhubungan, memandangkan para pekerja tidak pasti waktu yang mereka boleh mengabaikan gajet mereka.
Langkah rundingan tersebut diambil untuk membincangkan tentang dilema budaya kerja tanpa henti yang menjurus kepada isu kerja lebih masa tanpa bayaran, dan pada sudut lain, membolehkan keanjalan bagi pekerja untuk bertugas di luar pejabat.
“Terdapat jangkaan bahawa syarikat-syarikat akan membuat rundingan ‘hak untuk tidak terhubung’ ini.
“Pada masa yang sama, pekerja juga tidak mahu hilang autonomi dan fleksibiliti yang ditawarkan melalui penggunaan gajet mereka,” ujar pakar kajian dunia pekerjaan, Xavier Zunigo.
Di bawah undang-undang baharu, syarikat perlu patuh untuk membuat rundingan dengan pekerja tentang hak mereka untuk memadamkan telefon dan kaedah mengurangkan gangguan dalam kehidupan peribadi.
Jika sesuatu persetujuan tidak dapat dicapai, syarikat perlu menyiarkan piagam yang jelas menunjukkan permintaan dan hak pekerja di luar waktu kerja.
Kesatuan sekerja di Perancis dan beberapa media haluan kiri negara itu menyatakan bahawa undang-undang itu diperlukan kerana ‘pekerja sering dinilai atas komitmen kepada syarikat dan kesediaan mereka’.
Beberapa syarikat besar seperti Volkswagen dan Daimler di Jerman atau syarikat kuasa nuklear Areva serta syarikat insurans Axa di Perancis sudahpun mengambil langkah membataskan panggilan telefon atau pesanan ringkas selepas waktu kerja bagi mengelakkan kelesuan pekerja mereka.
Antara langkah yang telah diambil termasuk mengekang penghantaran e-mel bermula waktu pulang kerja dan hujung minggu; ataupun menghapuskan terus e-mel itu jika dihantar pada pekerja yang sedang bercuti.
Topic Berkaitan
#e-mel
#kelesuan pejabat
#kesatuan sekerja
#majikan
#Pekerja
#pekerja Perancis
#waktu pejabat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan