awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja resort Jurassic Park parah diserang biawak komodo

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
18/12/2020
01:01 MYT
Pekerja resort Jurassic Park parah diserang biawak komodo
Reptilia itu juga dilapor telah "mengoyakkan beberapa bahagian tubuh mangsa" sebelum mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dengan menaiki bot laju.-Foto Unsplash
JAKARTA:Seorang pekerja dilaporkan parah selepas diserang seekor biawak komodo di sebuah resort baharu yang bakal menjadi tarikan di Indonesia.
Menurut laporan portal nzherald.co.nz, Elias Agas, 46, sedang bekerja di resort 'Jurassic Park' yang kini masih dalam pembinaan di Pulau Rinca.
Menurut saksi kejadian, biawak itu hanya beberapa kaki dari mangsa sebelum ia mula menyerang.
Reptilia itu dilapor mengoyak-mengoyakkan beberapa beberapa bahagian tubuh mangsa sebelum lelaki itu berjaya diselamatkan.
Mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke hospital menaiki bot laju.
Sebelum ini, resort berkenaan mencetuskan kontroversi apabila membuka satu habitat khusus bagi 1,000 hingga 3,000 populasi biawak komodo yang masih wujud di dunia di pulau tersebut.
Biawak komodo, reptilia terbesar di dunia, boleh membesar sepanjang 3 meter dan mencapai berat sehingga 90 kilogram.
Gigitan dari reptilia itu boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat.
Pada tahun lalu, perdebatan timbul bagi melarang pelancong mengunjungi pulau itu dalam usaha melindungi spesies tersebut.
Namun kerajaan Indonesia bertegas meneruskan projek berkenaan dengan memaklumkan bahawa pihaknya akan mengawal jumlah pengunjung dengan menaikkan harga tiket.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#maut
#kerajaan
#mangsa
#serangan
#pelancong
#bot
#Jurassic Park
#Komodo
#biawak
#serang
#lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan