awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur China tetap akan melabur di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2013
23:22 MYT
Pelabur China tetap akan melabur di Malaysia
Pelaksanaan gaji minimum di Malaysia yang berkuat kuasa 1 Januari lalu tidak akan menyekat pelabur China daripada melabur di negara ini.
Ini kerana ia bergantung kepada kadar peningkatan di mana sekiranya margin tidak terlalu besar, pelabur China akan menerima dan mampu menanganinya.
Perkara berkenaan dinyatakan Naib Pengerusi Majlis China, Yu Ping, atas dasar penggalakan perdagangan antarabangsa.
Bagaimanapun Yu Ping bersetuju bahawa pelaksanaan gaji minimum mungkin membawa kepada peningkatan kos buruh.
Namun katanya memandangkan Malaysia menawarkan pelbagai dasar pelaburan keutamaan, kelebihan logistik dan persekitaran pelaburan yang baik, peningkatan kos buruh tidak akan menyebabkan pelabur China berhenti daripada melabur di Malaysia.
Katanya lagi, kerajaan Malaysia telah menawarkan dasar pelaburan yang baik selain menyediakan persekitaran perniagaan yang strategik kepada usahawan dari China.
Yu Ping turut berharap keputusan Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang tidak akan memberi kesan kepada hubungan perniagaan antara Malaysia dan China.
Beliau memberi jaminan tidak campur tangan dalam sebarang hal ehwal dalaman di Malaysia.
Sebaliknya berharap kedua-dua negara akan meneruskan hubungan mesra dan meningkatkan lagi kerjasama perdagangan dan ekonomi.
Topic Berkaitan
#China
#Malaysia
#pelaburan
#perdagangan
#Yu Ping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan