awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar 'kuasai' kampus universiti di UK protes konflik di Gaza

Bernama
Bernama
02/05/2024
11:40 MYT
Pelajar 'kuasai' kampus universiti di UK protes konflik di Gaza
Kumpulan-kumpulan besar pelajar berkumpul di kampus, bersama khemah dan sepanduk di kawasan universiti. - Gambar/ AP
LONDON: Pelajar pro-Palestin di United Kingdom (UK) telah berhimpun dalam protes di universiti-universiti di seluruh negara itu berikutan tunjuk perasaan di beberapa kampus di Amerika Syarikat (AS).
Pelajar di Leeds, Newcastle dan Bristol mendirikan khemah di luar bangunan universiti pada Rabu sebagai protes terhadap konflik di Gaza, lapor PA Media.
Pelajar Bristol berkata protes itu diadakan "bagi membantah pembabitan universiti terhadap tindakan genosid Israel terhadap rakyat Palestin".
Pada masa sama, Apartheid Off Campus Newcastle berkata demonstrasi itu adalah untuk "menonjolkan strategi pelaburan institusi dan pembabitannya terhadap jenayah perang tentera Israel di Gaza dan Tebing Barat."
Aktivis pelajar di tempat lain turut mengadakan perarakan dan protes. Di Universiti Warwick, satu kem didirikan di kawasan lapang di bandar selama seminggu.
Kumpulan-kumpulan itu telah menyeru universiti mereka untuk tidak terlibat dengan Israel sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza.
Ini juga bermakna, pihak universiti menjual saham dalam syarikat Israel atau sebaliknya memutuskan hubungan kewangan.
Pelajar juga telah meminta penyokong untuk menyumbangkan makanan, minuman dan produk kebersihan.
Sementara itu, Kempen Solidariti Palestin, sebuah pertubuhan yang berpangkalan di UK serta mendakwa sebagai kumpulan British terbesar "untuk menjamin hak asasi manusia Palestin", menerusi hantaran di X berkata: "Hari ini, pelajar dari Leeds, Newcastle, Bristol dan Sheffield menyertai Warwick - menuntut universiti kami berhenti melabur dalam tindakan genosid Israel!"
Imej yang dikongsi oleh kumpulan itu menunjukkan kumpulan-kumpulan besar pelajar berkumpul di kampus, bersama khemah dan sepanduk di kawasan universiti.
Protes di kampus-kampus di seluruh AS menyaksikan lebih lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Gaza
#pelajar universiti eropah
#bantahan pelajar
#UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan