awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon popular Singapura maut selepas cedera semasa latihan khidmat negara

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2019
21:46 MYT
Pelakon popular Singapura maut selepas cedera semasa latihan khidmat negara
Aloysius, 28 tahun, mula berlakon pada usia sembilan tahun pada 1999 dan telah memenangi pelbagai anugerah. Instagram @aloysius pang
Aktor popular Singapura, Aloysius Pang meninggal dunia ketika menjalani latihan khidmat negara Angkatan Tentera Singapura (SAF) di New Zealand pada Rabu.
Kematian Pang pada jam 8.45 malam (waktu tempatan) itu disahkan Kementerian Pertahanan Singapura menerusi satu kenyataan malam tadi.
Satu inkuiri akan ditubuhkan bagi menyiasat insiden yang menyebabkan kematian Pang yang dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian dada dan perutnya.
Laporan awal mengenai insiden itu dijangka akan dikemukakan dalam satu sidang akhbar pada Khamis.
Pang, 28 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Waikato di Hamilton.
Terdahulu, dia dimasukkan ke hospital itu pada Sabtu (19 Jan) selepas satu insiden ketika menjalankan kerja-kerja pemulihan di stor senjata di Pusat Latihan Waiouru bersama dua lagi kakitangan SAF.
Pang, popular dalam kalangan peminat drama Mandarin, menyertai latihan khidmat negara SAF bermula 5 Januari lalu.
Dia mula berlakon pada usia sembilan tahun bersama Mediacorp Singapura pada 1999 dan telah memenangi pelbagai anugerah.
Kematian Pang disifatkan satu kehilangan besar oleh Mediacorp.
Dia sebelum ini diumumkan memegang watak pelakon lelaki utama dalam drama My One in a Million di saluran televisyen Channel 8 dan dijadual memulakan penggambaran pada Februari.
Topic Berkaitan
#Aloysius Pang
#meninggal dunia
#New Zealand
#pelakon
#Singapura
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan