awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Trump untuk memindahkan penduduk Gaza layak dibakulsampahkan

Kenyataan Media
Kenyataan Media
28/01/2025
00:00 MYT
Pelan Trump untuk memindahkan penduduk Gaza layak dibakulsampahkan
Pembersihan etnik rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat sentiasa menjadi satu matlamat utama Zionis Israel. - Foto fail/REUTERS
KAMI yang tersenarai di bawah mengambil perhatian laporan akhbar bahawa presiden AS Donald Trump telah mencadangkan agar semua penduduk Palestin di Gaza dipindahkan ke negara Mesir dan Jordan.
Namun cadangan itu, sejurus selepas dibangkitkan oleh presiden AS itu, telah ditolak bulat-bulat oleh Mesir, Jordan dan rakyat Palestin.
Kami mengecam rancangan Trump itu sebagai sesuatu yang tidak munasabah dan tidak lain dan tidak bukan hanyalah percubaan untuk memberi ganjaran kepada jenayah berat negara apartheid penjajah Israel yang telah mengorbankan puluhan ribu rakyat Palestin.
Pembersihan etnik rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat sentiasa menjadi satu matlamat utama Zionis Israel. Tindakan memindahkan keluar 2.2 juta penduduk Gaza akan membantu Israel mencapai objektif pembersihan etnik Israel terhadap warga Palestin. Ia juga akan menjadi ganjaran kepada Israel sebagai balasan pembunuhan beramai-ramai selama 15 bulan yang dilakukan di Gaza baru-baru ini.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam keputusan pentingnya pada 19 Julai 2024 telah mengisytiharkan bahawa tindakan Israel menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, adalah menyalahi undang-undang. Ini termasuk pembinaan penempatan yang berkaitan, pengilhakan dan penggunaan sumber asli . Keputusan itu disokong oleh resolusi Perhimpunan Agung PBB pada 18 September 2024. Ini bermakna Israel melanggar kedua-dua ketetapan ICJ dan resolusi Perhimpunan Agung PBB. Rancangan Trump, jika berlaku, akan mengekalkan dan sebenarnya memberi ganjaran kepada pelanggaran undang-undang Israel.
Kami menggesa Presiden Trump untuk menghadapi realiti dan menerima hakikat bahawa:
a) ancaman bom mahupun peluru tidak akan membuatkan rakyat Palestin mahu meninggalkan tanah yang mereka miliki secara sah. Apa yang telah berlaku di di Gaza selama 15 bulan yang lalu adalah bukti.
b) undang-undang antarabangsa sepenuhnya menyebelahi rakyat Palestin dalam persoalan pendudukan Israel di wilayah Palestin.
c) keamanan yang didakwanya ingin dilihat berlaku hanya boleh berlaku jika disertai dengan keadilan dan itu bermakna Israel mesti mematuhi undang-undang antarabangsa sepenuhnya dan menamatkan pendudukannya di Palestin dan mengiktiraf hak untuk rakyat Palestin pulang ke tanah air mereka.
Sehubungan dengan itu, kami juga menyeru kerajaan Malaysia, yang patut dipuji kerana senantiasa lantang menyokong perjuangan Palestin, untuk melangkaui retorik semata-mata. Antara tindakan konkrit yang boleh diambil ialah memulakan langkah untuk mengumpulkan sokongan dan mengatur usaha negara anggota PBB ke arah pengusiran Israel daripada Perhimpunan Agung PBB. Tindakan sebegitu tidak dapat dipertikaikan lagi dengan mengambil kira kezaliman negara apartheid terakhir di dunia itu, serta penghinaan yang dilakukannya selama ini terhadap PBB.
27 Januari 2025
1. BDS Malaysia 2. Muslim Care Malaysia 3. Citizens International 4. HALUAN 5. Volunteering Trip Malaysia (VTM) 6. Cakna Palestin 7. Persatuan Ulama Malaysia 8. Muslim Volunteer Malaysia (MVM) 9. MERCY Malaysia 10. ⁠Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) 11. Palestine Solidarity, Penang 12. Center for Peace & Sustainability 13. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA) 14. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM) 15. Viva Palestina Malaysia 16. Persatuan Mawaddah 17. Pertubuhan Intelektual Perlis (PIP) 18. Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) 19. Aliran 20. Gegar Amerika 21. ⁠Muslim Professionals Forum 22. Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin 23. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) 24. SEJAGAT 25. Pertubuhan IKRAM Malaysia 26. IKRAM Muda 27. ⁠Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) 28. Palestinian Forum Malaysia-PFM 29. KDMRS Muslim 30. Gerakan Keadilan Monetari, Malaysia 31. Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN) 32. Persatuan Akademia IKRAM Malaysia
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Gaza
#Israel
#penduduk pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan