awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancaran satelit pengintip Korea Utara gagal lagi

Bernama
Bernama
24/08/2023
04:10 MYT
Pelancaran satelit pengintip Korea Utara gagal lagi
Pelancaran roket yang membawa satelit pengintip Malligyong-1 berlaku pada awal pagi Khamis dari sebuah tapak pelancaran di wilayah Pyongan Utara. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Percubaan kedua Pyongyang untuk melancarkan satelit pengintip tentera ke orbit telah gagal, lapor media negara itu pada Khamis.
Pelancaran roket yang membawa satelit pengintip Malligyong-1 berlaku pada awal pagi Khamis dari sebuah tapak pelancaran di wilayah Pyongan Utara, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita Korean Central News Agency (KCNA).
Agensi tersebut melaporkan bahawa fasa pertama dan kedua pelancaran roket berjalan seperti yang dirancang, tetapi kegagalan berlaku "disebabkan oleh ralat dalam sistem letupan kecemasan semasa penerbangan peringkat ketiga".
Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Kebangsaan (NADA) Korea Utara berkata pihaknya akan mencuba pelancaran ketiga pada Oktober berikutan siasatan mengenai sebab kegagalan itu, kata KCNA.
Pada pagi Khamis, kerajaan Jepun berkata Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu merentasi selatan Jepun ke arah Lautan Pasifik. Tiada laporan kerosakan selepas pelancaran itu
Jepun turut memaklumkan percubaan Korea Utara itu kepada penduduknya di kawasan terjejas menerusi sistem amaran 'J-Alert'.
Percubaan kali pertama Pyongyang melancarkan satelit pengintip tentera ke orbit dibuat pada 31 Mei, tetapi ia gagal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#satelit pengintip
#Jepun
#gagal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan