awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Choudhury sebagai hakim wanita Muslim pertama AS disambut baik

Agensi
Agensi
16/06/2023
00:15 MYT
Pelantikan Choudhury sebagai hakim wanita Muslim pertama AS disambut baik
Nama Choudhury (gambar) dicalonkan pentadbiran Biden pada Januari 2022 dan sejumlah kumpulan keadilan sosial, hak asasi manusia dan hak Muslim menyokong pencalonannya.
NEW YORK: Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS) menyambut baik pelantikan Nusrat Jahan Choudhury sebagai hakim persekutuan di New York.
Berita pelantikan wanita Muslim pertama warga AS berketurunan Bangladesh itu disifatkan pencapaian penting bagi komuniti Muslim di sana.
Senat AS mengundi untuk mengesahkan pelantikan Choudhury pada Khamis dan beliau akan bertugas sebagai hakim persekutuan bagi Mahkamah Daerah AS untuk Wilayah Timur New York.
"Hari ini merupakan hari yang sudah lama dinantikan untuk mengangkat Choudhury ke peringkat persekutuan.
"Beliau mendedikasikan kariernya untuk memastikan semua orang mendapat keadilan menerusi sistem perundangan kita," kata Omar Farah, pengarah eksekutif kumpulan Muslim Advocacy yang berpangkalan di AS.
"Pelantikan beliau hari ini bermakna seseorang yang telah berkhidmat dalam lapangan perjuangan hak asasi manusia dan berhadapan pelbagai halangan keadilan dalam komuniti, akan membuat keputusan penting sebagai seorang hakim persekutuan."
Nama Choudhury dicalonkan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden pada Januari 2022 dan sejumlah kumpulan keadilan sosial, hak asasi manusia dan hak Muslim menyokong pencalonan itu.
Pelantikan Choudhury juga dianggap penting bagi perwakilan Muslim dalam sistem perundangan AS kerana komuniti itu ada ketikanya mengalami diskriminasi dan penyalahgunaan hak asasi manusia dalam sistem perundangan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Nusrat Jahan Choudhury
#hakim wanita Islam
#hakim persekutuan Amerika Syarikat
#Presiden Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan